Jumlah kes catat peningkatan

PUTRAJAYA 3 April – Jumlah kes jangkitan Covid-19 menunjukkan peningkatan apabila merekodkan 1,638 kes baharu berbanding  1,294 kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan kini 349,610 kes.

Sebanyak 1,449 kes sembuh dilaporkan dan ini membawa kepada 333,892 kes (95.5%) daripada keseluruhan kes dengan kes aktif 14,432.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah, kes tempatan adalah 1,631 kes (950 warga negara dan 681 bukan warganegara manakala tujuh kes import melibatkan tiga warganegara dan empat bukan warganegara.

Jumlah kematian pula tiga kes menjadikan jumlah kumulatif 1,286 manakala 167 kes ditempatkan di unit rawatan rapi di mana 19 memerlukan bantuan pernafasan.

 

 

Related posts

Leave a Comment