84 kes, 1 kematian di Thailand

BANGKOK 3 April – Satu lagi kematian direkodkan dan 84 kes baharu direkodkan yang melibatkan 69 kes tempatan dan 15 import – menjadikan jumlah keseluruhan 95 kematian dan 29,031 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan seorang wanita Thailand berusia 29 tahun yang meninggal pada hari Khamis.

Mangsa yang mempunyai masalah jantung dan Down Syndrome tinggal bersama ibu bapanya yang sebelum ini disahkan kes mereka di Bangkok.

Pada 21 Mac, dia mengalami batuk, demam, dan kesukaran bernafas. Dia menjalani ujian Covid-19 dan hasilnya kembali negatif. Menjelang Khamis, keadaannya bertambah buruk dan meninggal.

Doktor mengambil  sampelnya untuk diuji dan hasilnya menunjukkan bahawa dia telah dijangkiti Covid-19.

Bangkok merekodkan 32 kes,  Samut Sakhon, 12 manakala wilayah lain secara keseluruhan merekodkan 25 kes iaitu Suphan Buri (9), Nakhon Pathom (5), Nonthaburi (4) Samut Prakan (4) Narathiwat (1), Chon Buri (1), Tak (1).

Sebanyak 15 kes import pula melibatkan ketibaan dari Malaysia (3), China  (3), Bahrain (2), India (1), Perancis(1), Emiriyah Arab Bersatu (1), Turki (1), Switzerland (1), Bangladesh (1), dan Czechia (1).

Daripada 29,031 kes, sebanyak 27,668 (95.31%) dilaporkan pulih termasuk 62 yang sembuh hari ini manakala 1,268 masih di hospital.

Related posts

Leave a Comment