Perak dahului kes harian

PUTRAJAYA 3 April –  Perak melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 494 kes (30.2 peratus).
Daripada jumlah ini, sebanyak 486 kes (98.4 peratus) adalah daripada Kluster Jalan Pelabuhan.Kluster tempat kerja ini diumumkan pada 20 Februari .
Kes indeks dilaporkan positif Covid-19 pada 13 Februari 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti asrama pekerja-pekerja yang terletak di Jalan Pelabuhan Utama, Manjung yang didiami oleh pekerja-pekerja dari beberapa buah kilang.
Pada 30 Mac 2021, sembilan kes positif baharu dilaporkan melibatkan pekerja-pekerja kilang dan kontak rapat mereka.

Susulan itu, saringan bersasar telah dijalankan ke atas 1,028 pekerja kilang di kawasan asrama di mana 486 kes didapati positif, 70 sampel “inconclusive”, dan 472 sampel negatif. Sehingga 3 April 2021, sebanyak 1,312 kes positif dilaporkan daripada 1,689 yang disaring (kadar positif 77.7%).

Sehingga kini, kawasan asrama pekerja tersebut masih di bawah  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Pengesanan kes secara aktif termasuk pengesanan kontak rapat masih giat dijalankan di lapangan dan kes-kes yang terlibat telah diasingkan dan diberikan rawatan yang sewajarnya.

Selain daripada Perak, dua (2) buah negeri lain yang turut melaporkan kes harian baharu yang tinggi adalah Selangor iaitu sebanyak352 kes (21.5 peratus) dan diikuti oleh Sarawak sebanyak 290 kes (17.7 peratus).

  • Perak: 494 kes
    • 487 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • Lima (5) kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • Dua (2) kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Selangor: 352 kes 
    • 42 kes daripada kluster-kluster; termasuk dua (2) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Bandar Sembilan;
    • 196 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 112 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 290 kes
    • 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 61 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Kampung Binyu;
    • 156 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 29 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment