Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 27 Mac – Selangor masih mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes (23.6 peratus) tetapi menunjukkan penurunan berbanding hari-hari sebelum ini.

Daripada jumlah ini, sebanyak 203 kes (71.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes (22.3 peratus), Kelantan sebanyak 138 kes (11.5 peratus) dan Pulau Pinang 125 kes.

  • Selangor: 283 kes 
    • 28 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 79 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 267 kes
    • 96 kes daripada kluster-kluster, termasuk 48 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Gridbid, Kluster Jalan Tanjung Kidurong, dan Kluster Kampung Baru Hilir;
    • 99 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu kes import dari luar negara; dan
    • 71 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Kelantan: 138 kes 
    • 59 kes daripada kluster-kluster, termasuk 20 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Gong Kulim;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 125 kes 
    • 70 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 37 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 18 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur: 84 kes  
    • 27 kes daripada daripada kluster-kluster, termasuk 14 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Tapak Bina Bulatan Pandan;
    • 41 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 14 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment