Kes harian Arab Saudi meningkat

RIYADH 26 Mac – Kes positif harian Covid-19 di Arab Saudi menunjukkan peningkatan apabila melebihi 500 kes berbanding 482 kes semalam.

Menurut Kementerian Kesihatan, jumlah yang dicatatkan adalah 510 dan ini menjadikan jumlah keseluruhan 387,292 kes.

Dalam tempoh 24 jam, tujuh lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah kumulatif 6,637 kematian.

Sebanyak 372 pesakit dilaporkan sembuh dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan kes pulih meningkat kepada 376,203.

Kes aktif pula 4,452 di mana 630 dalam keadaan kritikal.

Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 213 kes diikuti daerah Timur 94 kes dan Makkah 79.

Related posts

Leave a Comment