Filipina lepasi 700,000 kes

MANILA 26 Mac – Jumlah kes jangkitan Covid-19 di Filipina melepasi 700,000 kes apabila 9,838 lagi kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 702,856.

Catatan harian hari ini adalah yang tertinggi direkodkan selepas 8,773 kes yang direkodkan semalam (25 Mac) dan 8,019 kes pada 22 Mac.

Menurut Jabatan Kesihatan (DoH), setakat pukul 4 petang, sebanyak 54 orang pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah keseluruhan 13,149 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 663 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan lagi jumlah kes sembuh kepada 580,689 orang atau 82.6 peratus daripada keseluruhan kes.

Terdapat 109,018 kes aktif atau 15.5 peratus.

Related posts

Leave a Comment