Galeri seni hargai Kit Siang

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai liku-liku kehidupan politik Lim Kit Siang, beberapa individu mewujudkan Galeri Seni Theatre Impian yang juga sempena ulang tahun kelahiran ke-80 veteran DAP itu.

Sebanyak 100 karya seni dipamerkan yang menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, ia dihasilkan oleh 80 pengkarya tempatan.

Teater Impian  adalah sorotan hidup, perjuangan dan aspirasi veteran DAP ini untuk Malaysia yang dihasilkan oleh penyokong yang mahu menghargai Kit Siang, yang selama lebih 55 tahun berkecimpung dalam bidang politik.

Selain lukisan, beberapa karya seni berbentuk catan, kaligrafi dan seni saduran memaparkan setiap kisah yang diharungi Kit Siang sebelum ini.

Galeri itu dijangka dirasmikan pada 28 Mac ini dan dibuka kepada orang ramai pada 31 Mac bermula pukul 11.00 pagi sehingga 5.00 petang pada setiap hari Selasa sehingga Sabtu.

Karya-karya seni yang dipamerkan turut dihasilkan oleh pengkarya-pengkarya seni hebat tempatan seperti Ahmad Zakii Anwar, Calvin Chua, Chong Siew Ying, Cheong Tuck Wai, Gan Tee Sheng, Jeganathan Ramachandram, Khairuddin Zainudin, Kow Leong Kiang, Yuki Tham dan sebuah catan unik daripada Tony Pua.

Lokasi pameran 👇

Theatre Impian, C-03-03 Aurora Place,

Jalan Persiaran Jalil 1,

57000, Kuala Lumpur.

Related posts

Leave a Comment