Tiada iftar di Masjidilharam, Masjid Nabawi

RIYADH –  Ketua Hal Ehwal Dua Masjid Paling Suci, Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais, mengumumkan pengekalan penangguhan majlis berbuka puasa dan beriktikaf di Masjidilharam di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah sepanjang bulan Ramadan tahun ini. Beliau berkata, pihak pengurusan dua masjid berkenaan akan menyediakan juadah berbuka puasa secara pek buat jemaah  yang mengunjungi Masjidilharam manakala agihan  hidangan sahur  di Masjid Nabawi dan lamannya juga dilarang. Abdul Rahman memaklumkan hal ini pada sidang media tahunan yang diadakan secara maya bagi menyampaikan perancangan sepanjang bulan puasa pada April ini. Fokus utama program…

Read More

Pfizer dan Moderna berkesan

ATLANTA: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) mendedahkan penggunaan vaksin Covid-19 Pfizer dan Moderna, menunjukkan keberkesanan pencegahan virus pada tahap 95 peratus selepas dua dos. Kajian mendapati vaksin itu mengurangkan risiko jangkitan sebanyak 80 peratus dua minggu atau lebih selepas suntikan pertama daripada dua suntikan. Ini menurut data kajian dunia nyata ke atas kakitangan kesihatan dan barisan hadapan Amerika Syarikat, yang dikeluarkan pada Isnin (29 Mac) yang melibatkan sekitar 4,000 orang sukarelawan dari enam negeri. Kajian ini adalah penilaian pertama dibuat selepas eksperimen di peringkat pengeluar. Sekitar dua…

Read More

Nilai R-Naught meningkat 0.94

PUTRAJAYA 30 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat semalam, Isnin 29 Mac. Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai itu meningkat sebanyak 0.2 berbanding 0.92, Sabtu lepas. Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 adalah Kelantan 1.16, Pahang 1.14, Melaka 1.09, Sarawak 1.05, Kedah 1.03 dan Pulau Pinang 1.02. Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Johor 0.96, Sabah 0.95, Kuala Lumpur 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.77, Perak…

Read More

Jangan leka gelombang keempat

PRESIDEN Amerika Syarikat (AS), Joe Biden menggesa rakyat supaya terus waspada  ketika beliau mengumumkan langkah-langkah terbaharu dalam memperluaskan program vaksinasi di negara itu. Beliau mengingatkan rakyat  susulan gelombang keempat yang dijangka berlaku. “Minggu ini, menerusi pentadbiran saya, kerja-kerja intensif dengan pengeluar vaksin dan usaha pengedaran, jumlah vaksin yang boleh diberikan di pusat vaksinasi akan mencatat rekod baharu dengan 33 juta dos,” katanya pada Isnin di White House. Katanya, dengan lebih banyak bekalan vaksin di negeri-negeri, pusat kesihatan komuniti dan farmasi, AS boleh memvaksinasi kumpulan risiko tinggi dengan lebih cepat berbanding…

Read More

Perintah berkurung di Turki

TURKI mengumumkan langkah lebih ketat termasuk perintah berkurung mulai 9 malam hingga 5 pagi bagi mengekang koronavirus Covid-19 susulan peningkatan kes jangkitan di bandar berisiko tinggi di seluruh negara. Presiden Recep Tayyip Erdogan pada sidang media selepas mesyuarat Kabinet pada  Isnin, berkata perintah berkurung juga akan dikenakan pada hujung minggu pada bulan Ramadan. Majlis iftar dan sahur juga dilarang sepanjang Ramadan ini. Bagi bandar berisiko tinggi, akan dikenakan perintah berkurung sepenuhnya. Menurut Erdogan, 80 peratus daripada hampir 84 juta penduduk negara itu tinggal di bandar-bandar berisiko tinggi. Sementara itu, restoran…

Read More

Agihan tidak sama rata jejas ekonomi

GENEVA 30 Mac – Pengagihan vaksin yang tidak sama rata secara berterusan bukan sahaja disifatkan sebagai tindakan mementingkan diri sendiri malahan melambatkan proses pertumbuhan semula ekonomi. Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata walaupun vaksin Covid-19 sedang diedarkan di seluruh dunia tetapi pengedarannya masih tidak sama rata. “Terlalu ramai pekerja dan kumpulan berisiko masih menunggu untuk divaksin di banyak tempat. Dalam kita bercakap ketika ini, 36 negara masih belum memulakan dan tiada akses kepada vaksin,” kata Dr Tedros. Justeru, jelasnya, solidariti untuk menghentikan penularan virus ini…

Read More

541 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 29 Mac – Arab Saudi merekodkan 541 kes baharu Covid -19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes harian tertinggi sejak beberapa bulan lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan itu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 388,866 dengan kes aktif pula 4,906 di mana 674 kritikal. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah enam orang dan ini membawa kepada 6,656 kematian. Kementerian juga merekodkan 357 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 377,304. Riyadh pula merekodkan 217 kes positif diikuti daerah Timur 108 dan Makkah…

Read More