Nilai R-Naught meningkat 0.94

PUTRAJAYA 30 Mac – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau nilai R-Naught mengikut kes seharian di seluruh negara meningkat 0.94, setakat semalam, Isnin 29 Mac.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, nilai itu meningkat sebanyak 0.2 berbanding 0.92, Sabtu lepas.

Negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan tinggi dan melebihi angka 1 adalah Kelantan 1.16, Pahang 1.14, Melaka 1.09, Sarawak 1.05, Kedah 1.03 dan Pulau Pinang 1.02.

Sementara itu, negeri yang mempunyai kadar kebolehjangkitan di bawah angka 1 adalah Johor 0.96, Sabah 0.95, Kuala Lumpur 0.94, Selangor 0.86, Negeri Sembilan 0.77, Perak 0.73 dan Terengganu 0.67.

Labuan dan Putrajaya masing-masing merekodkan satu kes Covid-19.

Perlis menjadi satu-satunya negeri yang tidak mempunyai kes Covid-19.

Kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan, sejak pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mulai 13 Januari tahun ini ialah 0.81 pada 3 Mac lalu.

Manakala yang paling tinggi direkodkan ialah 25 Mac apabila mencapai angka 1.0

Related posts

Leave a Comment