Covid-19 tidak mungkin ‘insiden makmal’

GENEVA 31 Mac – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengeluarkan laporan mengenai asal usul Covid-19, selepas penyelidikan bersama dengan China berhubung isu termasuk bagaimana virus itu merebak dan penyelidikan akan datang di pelbagai negara.

Penyelidikan selama 28 hari bermula 14 Januari hingga 10 Februari di Wuhan, China itu dilakukan 34 pakar WHO dan China.

Pasukan penyelidik itu diketuai Dr Peter Ben Embarek dan Professor Liang Wannian dan dianggotai saintis dari Australia, China, Denmark, Jerman , Jepun, Kenya, Netherlands, Qatar, Russia, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Vietnam.

Menurut laporan itu, ‘kemungkinan besar’ Covid-19 mula merebak melalui rantaian produk makanan/sejuk beku dan “sangat tidak mungkin” virus bermula melalui insiden makmal.

Pakar juga mengemukakan beberapa cadangan untuk penyelidikan akan datang: membangunkan pangkalan data maklumat yang komprehensif, melakukan penyelidikan retrospektif dan sistematik lebih lanjut mengenai kes-kes terdahulu dan kemungkinan penyebar virus, dan menganalisis faktor rantaian sejuk beku yang mungkin mencetus dan menularkan penyakit.

WHO turut mengadakan taklimat kepada negara anggota mengenai laporan tersebut.

Semasa taklimat, anggota pasukan bersama WHO-China, Liang Wannian menyatakan bahawa penyelidikan asal usul Covid-19 di China menjadi sebahagian  kajian global dan merupakan langkah pertama.

Semua kesimpulan dan cadangan dalam laporan ini berdasarkan perspektif global, dan penyelidikan akan datang tidak akan terbatas pada kawasan tertentu, tambah Liang.

Meskipun proses mencari punca virus itu masih berjalan, bukti dan data yang disertakan dalam laporan ini masih memberikan gambaran penting mengenainya.

Sebagai contoh, pasukan “telah mengkaji data daripada kajian yang diterbitkan oleh pelbagai negara yang mencadangkan pengiraan awal ” kes COVID-19, menurut laporan itu.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa ‘sesetengah sampel yang disyaki positif dikesan lebih awal daripada kes pertama di Wuhan, menunjukkan kemungkinan tersilap pengiraan di negara lain’ dan laporan itu menambah, ‘apa yang pasti, penting bagi menyiasat kemungkinan peristiwa yang lebih awal’.

Penjejakan asal usul Covid-19 adalah mengenai sains, dan harus dilakukan bersama oleh  saintis di seluruh dunia, kata Ketua Misi China ke PBB di Geneva, Chen Xu.

Penyelidikan bersama ini akan memainkan peranan positif dalam mempromosikan penjejakan asal usul penyakit itu di banyak negara dan wilayah di seluruh dunia, dan memberikan panduan saintifik bagi membolehkan masayrakat dunia lebih memahami virus ini.

Related posts

Leave a Comment