Kes Selangor masih tinggi

PUTRAJAYA 31 Mac – Selangor melaporkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 661 kes (44.6 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 565 kes (85.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan. 

Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 200 kes (13.5 peratus) dan Sarawak sebanyak 176 kes (11.9 peratus).

  • Selangor: 661 kes 
    • 400 kes daripada kluster-kluster; termasuk 52 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Rasmi dan Kluster Hevea Scruciana;
    • 165 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 96 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Pulau Pinang: 200 kes  
    • 104 kes daripada kluster-kluster; termasuk 87 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Jelawat;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 40 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Sarawak: 176 kes
    • 47 kes daripada kluster-kluster; termasuk 19 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Baji, Kluster Jalan Kingsway, dan Kluster Bulatan Aman;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 47 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.
  • Johor: 86 kes  
    • 13 kes daripada kluster-kluster; termasuk satu (1) kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Lorong Mulia;
    • 49 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan
    • 24 kes daripada lain-lain saringan COVID-19.

Related posts

Leave a Comment