Elak sembang dalam MRT

SINGAPURA 31 Mac – Jika anda menaiki MRT Singapura dan berbual-bual di dalamnya, mulai hari ini anda mungkin ditegur oleh kakitangan stesen  kereta api yang membawa poster tertera mesej: “Elakkan daripada berbual-bual”.

Langkah itu adalah susulan daripada usaha SMRT untuk mengurangkan risiko penularan Covid-19 dan memberikan khidmat lebih baik kepada para penumpang.

Sebelum ini juga SMRT mengeluarkan klip video yang meminta pengguna tidak berbual semasa berada di dalam kereta api itu.

SMRT melalui catatan di laman Facebooknya menyatakan poster-poster itu bertujuan untuk mengingatkan para penumpang supaya jangan banyak bercakap semasa menaiki kereta api.

“Para penumpang mungkin sekali-sekala terlupa dan kami mahu mengingatkan mereka dengan cara yang baik,” kata SMRT.

Langkah itu juga diharap dapat menjadikan pengangkutan awam lebih selamat.

Related posts

Leave a Comment