Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 30 Mac – Sebanyak 1,342,695 pesakit dilaporkan sembuh daripada 1,505,775 kes positif yang direkodkan setakat ini. Hari ini jumlah kes sembuh menunjukkan 5,877 orang mengatasi jumlah kes positif yang direkodkan iaitu 4,682 orang. Terdapat lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 1.209 orang dan kumulatifnya 367.751 orang, Jawa Tengah 1.125 (125,960), Jawa Barat 1,042 (221,351), Kalimantan Timur 279 (58,864), Jawa Timur 268 (127,360). Jawa Barat pula merekodkan kes positif 911 dan kumulatifnya 249.307 kes, Jawa Tengah 649 (168,313)  dan kumulatifnya 168.313, Jakarta 384 (381,090), Banten  319 (36.809) dan…

Read More

26 kes import di Singapura

SINGAPURA 30 Mac – Singapura melaporkan 26 kes baharu Covid-19 hari ini, kesemuanya kes import yang dikenakan Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) sebaik saja mereka tiba di Singapura. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan perkembangan ini jumlah keseluruhan kes kini meningkat kepada 60,347. Kes import hari ini termasuk tujuh orang yang merupakan rakyat Singapura dan tiga Penduduk Tetap yang pulang dari Bangladesh, India, Qatar, Sepanyol dan Britain manakala tiga lagi pemegang pas pelajar yang tiba dari Bangladesh dan India. Dua kes adalah pemegang pas kerja yang tiba dari India dan Nepal sementara…

Read More

Lebih 500 kes harian di Saudi

RIYADH 30 Mac – Hari ke lima berturut-turut, Arab Saudi merekodkan lebih 500 kes jangkitan harian dan hari ini jumlah itu meningkat kepada 556 kes berbanding semalam 541 kes dan sebelumnya 531. Pada masa yang sama, tujuh lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jjumlah keseluruhan 6,663 orang sementara kes positif meningkat kepada 389,422. Sebanyak 410 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 377,714 sementara kes aktif pula sebanyak 5,045 di mana 694 kritikal Riyadh merekodkan 228 kes jangkitan diikuti daerah Timur 93, dan Makkah 87.

Read More

Filipina catat 9,296 kes baharu

MANILA 30 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,296 kes baharu Covid-19. hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 741,181 kes. Setakat pukul 4 petang ini, lima lagi pesakit disahkan meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah keseluruhan 13,191 kematian. Pada masa yang sama, sebanyak 103 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah pulih 603,310 atau 81.4 peratus. Kes aktif pula 124,680 atau 16.8 peratus daripada keseluruhan kes. Sementara itu, Filipina menerima satu juta daripada 25 juta dos vaksin Sinovac yang dibeli oleh kerajaan semalam. Sebanyak 1.5 hingga 4 juta baki dos…

Read More

Tiada rentas negeri, PKPB, PKPP lanjut

KUALA LUMPUR 30 Mac – Tiada rentas negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan di negeri-negeri berkenaan mulai 1 sehingga 14 April. Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, biarpun angka jangkitan harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, masih ada  beberapa negeri mencatatkan trend jangkitan yang tidak stabil. Justeru, status PKPB dikekalkan di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala PKPP di 10 buah negeri dan wilayah juga tidak berubah. Prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB dan PKPP adalah sama seperti…

Read More

9 kluster baharu, 369 aktif

PUTRAJAYA 30 Mac – Sembilan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,359 kluster manakala 990 kluster tamat termasuk 13 hari ini. Tiga belas kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber, Kluster Tapak Bina Digital Lapan. Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam, dan Kluster Jalan Tebrau Dua. Ini menjadikan jumlah kluster aktif 369 dan 50 daripadanya merekodkan pertambahan kes…

Read More

Selangor catat kenaikan kes

PUTRAJAYA 30 Mac – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 401 (35.4 peratus) kes harian Covid-19 berbanding 219 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 355 kes (88.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak sebanyak153 kes (13.5 peratus). Selangor: 401 kes  151 kes daripada kluster-kluster; termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pinang Raja, Kluster Jalan SC Satu, Kluster Jalan Sulaiman, dan Kluster Jalan Western; 204 kes daripada saringan…

Read More

Kembali kepada empat angka

PUTRAJAYA 30 Mac – Kes baharu Covid-19 kembali ke empat angka berbanding tiga angka semalam, apabila 1,133 kes direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 344,018 kes. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 14,199 kes. Sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa…

Read More

68 Geng Nicky ditangkap

KUALA LUMPUR: Polis menangkap 68 orang yang dipercayai merupakan ahli Geng Nicky yang dikaitkan dengan Pengasas Winner Dynasty Group, Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee. Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata, semua individu tersebut ditahan atas pelbagai kesalahan termasuklah penggubahan wang haram. Menurutnya, dalam serbuan tersebut, anggota polis turut merampas sepucuk pistol jenis Glock 17 bersama satu kelopak peluru berisi sembilan butir peluru Pihak polis juga telah membekukan 41 akaun bank bernilai RM4,053,809.49 dan 35 unit kenderaan bernilai RM8,863,759.00 melibatkan 21 individu dan 16 entiti. “Ia termasuk Yayasan Winner…

Read More

Thailand catat 48 kes baharu

BANGKOK 30 Mac – Thailand merekodkan 48 kes baharu Covid-19 hari ini di mana 27 adalah kes jangkitan tempatan dan bakinya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 28,821 kes. Jumlah kematian kekal 94. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 22 kes dilaporkan di hospital dan lima orang melalui ujian pengesanan. Bangkok mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 14 kes yang dilaporkan pegawai perubatan, tiga ujian pengesanan ; Samut Sakhon enam kes di hospital dan dua ujian dalam masyarakat, manakala Hospital Nakhon Pathom merekodkan dua kes. Sebanyak 21 kes yang melibatkan ketibaan dari…

Read More