Kembali kepada empat angka

PUTRAJAYA 30 Mac – Kes baharu Covid-19 kembali ke empat angka berbanding tiga angka semalam, apabila 1,133 kes direkodkan pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 344,018 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah itu, terdapat lapan kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.

Kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 kini ialah sebanyak 14,199 kes.

Sebanyak 87 kes (7.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Tembok Taiping (13 kes), dan Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes).

Terdapat pertambahan lima kes kematian menjadikan jumlah kematian secara keseluruhannya kini 1,265 kes.

Kes kematian pada hari ini melibatkan masing-masing dua kes di Sarawak dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta satu kes di Selangor. Kesemua kes melibatkan warganegara.

Jumlah kes sembuh adalah sebanyak 1,148 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh kini sebanyak 328,554 kes.

Setakat ini, 161 pesakit sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, 76 orang memerlukan bantuan pernafasan.

Related posts

Leave a Comment