Thailand catat 48 kes baharu

BANGKOK 30 Mac – Thailand merekodkan 48 kes baharu Covid-19 hari ini di mana 27 adalah kes jangkitan tempatan dan bakinya kes import menjadikan jumlah keseluruhan 28,821 kes. Jumlah kematian kekal 94.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 22 kes dilaporkan di hospital dan lima orang melalui ujian pengesanan.

Bangkok mencatatkan jumlah yang tinggi iaitu 14 kes yang dilaporkan pegawai perubatan, tiga ujian pengesanan ; Samut Sakhon enam kes di hospital dan dua ujian dalam masyarakat, manakala Hospital Nakhon Pathom merekodkan dua kes.

Sebanyak 21 kes yang melibatkan ketibaan dari beberapa negara termasuk sembilan warga Thailand yang pulang dari Madagascar.

Kes lain adalah dua dari Qatar dan masing-masing satu dari Perancis, Bahrain, Filipina, Malaysia, Afrika Selatan , Nepal, Belgium, United Kingdom, India dan Ethiopia.

Related posts

Leave a Comment