Kes sembuh atasi kes positif

JAKARTA 30 Mac – Sebanyak 1,342,695 pesakit dilaporkan sembuh daripada 1,505,775 kes positif yang direkodkan setakat ini.

Hari ini jumlah kes sembuh menunjukkan 5,877 orang mengatasi jumlah kes positif yang direkodkan iaitu 4,682 orang.

Terdapat lima provinsi merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jakarta 1.209 orang dan kumulatifnya 367.751 orang, Jawa Tengah 1.125 (125,960), Jawa Barat 1,042 (221,351), Kalimantan Timur 279 (58,864), Jawa Timur 268 (127,360).

Jawa Barat pula merekodkan kes positif 911 dan kumulatifnya 249.307 kes, Jawa Tengah 649 (168,313)  dan kumulatifnya 168.313, Jakarta 384 (381,090), Banten  319 (36.809) dan Yogyakarta 283 (33,200).

Kes pesakit meninggal dunia pula meningkat kepada 40,754 termasuk 173 kes yang direkodkan hari ini

Terdapat 5 provinsi dengan angka kematian tertinggi harian iaitu Banten menambahkan 50 kes dan kumulatifnya 788, Jawa Timur 33 (9,887), Jawa Tengah 19 (7,265), Kalimantan Timur sembilan kes (1.489) serta Bali sembilan (33,200).

Related posts

Leave a Comment