Tiada rentas negeri, PKPB, PKPP lanjut

KUALA LUMPUR 30 Mac – Tiada rentas negeri dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilanjutkan di negeri-negeri berkenaan mulai 1 sehingga 14 April.

Menteri Kanan Pertahanan,  Ismail Sabri Yaakob berkata, biarpun angka jangkitan harian Covid-19 menunjukkan trend penurunan di seluruh negara, masih ada  beberapa negeri mencatatkan trend jangkitan yang tidak stabil.

Justeru, status PKPB dikekalkan di enam buah negeri dan Wilayah Persekutuan, manakala PKPP di 10 buah negeri dan wilayah juga tidak berubah.

Prosedur operasi standard (SOP) untuk PKPB dan PKPP adalah sama seperti sebelum ini.

“Aktiviti rentas negeri masih tidak dibenarkan. Rentas negeri dari negeri PKPP ke negeri PKPP hanya menerusi green travel bubble menggunakan ejen pelancongan berdaftar,” katanya dalam sidang media harian, hari ini.

Negeri dan Wilayah Persekutuan di bawah PKPB ialah Selangor, Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang, Kelantan dan Sarawak.

Manakala negeri di bawah PKPP ialah Perlis, Kedah (kecuali Kuala Muda), Perak, Putrajaya, Melaka, Negeri Sembilan (kecuali Seremban), Pahang, Terengganu, Sabah dan Labuan.

Status PKPB dan PKPP yang diperbaharui ini akan bermula 1 hingga 14 April ini kecuali Sarawak yang akan bermula hari ini sehingga 12 April.

Related posts

Leave a Comment