Lebih 500 kes harian di Saudi

RIYADH 30 Mac – Hari ke lima berturut-turut, Arab Saudi merekodkan lebih 500 kes jangkitan harian dan hari ini jumlah itu meningkat kepada 556 kes berbanding semalam 541 kes dan sebelumnya 531.

Pada masa yang sama, tujuh lagi kematian dilaporkan dan ini membawa kepada jjumlah keseluruhan 6,663 orang sementara kes positif meningkat kepada 389,422.

Sebanyak 410 kes sembuh dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif 377,714 sementara kes aktif pula sebanyak 5,045 di mana 694 kritikal

Riyadh merekodkan 228 kes jangkitan diikuti daerah Timur 93, dan Makkah 87.

Related posts

Leave a Comment