Selangor catat kenaikan kes

PUTRAJAYA 30 Mac – Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dengan merekodkan 401 (35.4 peratus) kes harian Covid-19 berbanding 219 semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 355 kes (88.5 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Pulau Pinang sebanyak 194 kes (17.1 peratus) dan Sarawak sebanyak153 kes (13.5 peratus).

  • Selangor: 401 kes 
    • 151 kes daripada kluster-kluster; termasuk 15 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Jalan Pinang Raja, Kluster Jalan SC Satu, Kluster Jalan Sulaiman, dan Kluster Jalan Western;
    • 204 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Dua (2) kes import dari luar negara; dan
    • 44 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 194 kes 
    • 36 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 56 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 102 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 153 kes
    • 25 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 79 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 48 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment