Filipina catat 9,296 kes baharu

MANILA 30 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina mencatatkan 9,296 kes baharu Covid-19. hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 741,181 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, lima lagi pesakit disahkan meninggal dunia dan ini meningkatkan jumlah keseluruhan 13,191 kematian.

Pada masa yang sama, sebanyak 103 pesakit dilaporkan sembuh dan ini meningkatkan jumlah pulih 603,310 atau 81.4 peratus.

Kes aktif pula 124,680 atau 16.8 peratus daripada keseluruhan kes.

Sementara itu, Filipina menerima satu juta daripada 25 juta dos vaksin Sinovac yang dibeli oleh kerajaan semalam.

Sebanyak 1.5 hingga 4 juta baki dos yang diperoleh dari Sinovax dijangka diterima menjelang April dan Mei ini  bersama dengan tambahan 979.200 dosis vaksin AstraZeneca dari kemudahan Covax yang diurus oleh WHO.

Pada peringkat awal ini, keutamaan akan diberikan untuk barisan hadapan.

Related posts

Leave a Comment