9 kluster baharu, 369 aktif

PUTRAJAYA 30 Mac – Sembilan kluster baharu dilaporkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,359 kluster manakala 990 kluster tamat termasuk 13 hari ini.

Tiga belas kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Yahya, Kluster Jalan Kempas Tiga, Kluster Persiaran Synergi Utama, Kluster Jalan Persiaran Cyber, Kluster Industri Cyber, Kluster Tapak Bina Digital Lapan.

Kluster Jalan Hulu Tinggi, Kluster Jalan Lima, Kluster Perindustrian Lukut, Kluster Jalan Industri Rawang, Kluster Jalan Sri Putri, Kluster Jalan Enam, dan Kluster Jalan Tebrau Dua.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif 369 dan 50 daripadanya merekodkan pertambahan kes iaitu Kluster Penjara Jalan Harapan (73 kes), Kluster Batu Enam Setengah (37 kes), dan Kluster Tapak Bina Persiaran Freesia (27 kes).

Sembilan kluster yang direkodkan hari ini melibatkan lima kluster tempat kerja, tiga kluster komuniti, dan satu kluster melibatkan kumpulan berisiko tinggi.

  • KLUSTER JALAN WESTERN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Sepang dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-328584) dilaporkan positif Covid-19 pada 19 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah ladang yang terletak di Western Access Road, Sepang. Sehingga 30 Mac , sejumlah 356 individu disaring, di mana 19 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SC SATU

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat di Selangor. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 29 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan SC 1, Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang. Sehingga 30 Mac, sejumlah 40 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN PINANG RAJA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Petaling dan Klang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-343020) dilaporkan positif COVID-19 pada 30 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pelajar-pelajar sebuah pusat pendidikan yang terletak di Jalan Pinang Raja 18/2, Shah Alam. Sehingga 30 Mac 2021, sejumlah 230 individu disaring, di mana 25 kes dikesan positif.

  • KLUSTER BATU ENAM SETENGAH

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 bermula pada 27 Mac 2021 hasil saringan bersasar  pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Batu 6½, Sungai Gadut Industrial Park, Seremban. Sehingga 30 Mac, sejumlah 155 individu disaring, di mana 47 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN SULAIMAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong, Titiwangsa, dan Lembah Pantai di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Petaling dan Gombak di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-342148) dilaporkan positif Covid-19 pada 29 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan sebuah syarikat perkhidmatan yang terletak di Jalan Sultan Sulaiman, Kampung Attap, Lembah Pantai.  Sehingga 30 Mac, sejumlah 48 individu telah disaring, di mana 12 kes dikesan positif.

  • KLUSTER FASA DUA SEMARAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339789) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan pra pekerjaan. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Taman Semarak, Tawau. Sehingga 30 Mac, sejumlah 15 individu telah disaring, di mana enam kes dikesan positif.

  • KLUSTER RANGGU

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Tawau di Sabah. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 340925) dilaporkan positif Covid-19 pada 28 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti penularan kes-kes dilaporkan berlaku iaitu di Kampung Ranggu, Sri Tanjung, Tawau. Sehingga 30 Mac, sejumlah 25 individu disaring, di mana lapan kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN MERAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Kulai di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-339852) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Jalan Merak 21, Bandar Putra, Kulai. Sehingga 30 Mac, sejumlah 36 individu disaring, di mana tujuh (7) kes dikesan positif.

  • KLUSTER KOTA KEMAJUAN

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Johor Bahru dan Kota Tinggi di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke- 339859) dilaporkan positif Covid-19 pada 27 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan kakitangan dan pesakit-pesakit sebuah pusat hemodialisis yang terletak di Jalan Kemajuan, Kota Tinggi.  Sehingga 30 Mac, sejumlah 59 individu disaring, di mana lima kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment