RIYADH 29 Mac – Arab Saudi merekodkan 541 kes baharu Covid -19 dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kes harian tertinggi sejak beberapa bulan lalu. Menurut Kementerian Kesihatan, dengan tambahan itu, jumlah keseluruhan kes meningkat kepada 388,866 dengan kes aktif pula 4,906 di mana 674 kritikal. Jumlah pesakit yang meninggal dunia pula adalah enam orang dan ini membawa kepada 6,656 kematian. Kementerian juga merekodkan 357 lagi pesakit dilaporkan sembuh dan ini menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih sebanyak 377,304. Riyadh pula merekodkan 217 kes positif diikuti daerah Timur 108 dan Makkah…
Read MoreDay: March 29, 2021
Lebih 7 juta disuntik vaksin
JAKARTA 29 Mac – Sebanyak 5,008 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 1,501,093 dengan kes aktif 123,694. Jawa Barat menambahkan 1,610 kes dan kumulatifnya 248,396 diikuti Jakarta 1,014 (380.706), Jawa Tengah 388 (167.664), Banten 328 (36.490) dan Kalimantan Selatan 275 (27.394).. Kes sembuh pula melebihi 1.3 juta atau 1,336,818 (89.1 peratus) setelah 5,418 orang lagi dilaporkan pulih. Lima provinsi merekodkan pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,370 dan kumulatifnya 220,309 orang, Jakarta 1,008 (366,542), Jawa Tengah 896 (124.835), Kalimantan…
Read More21 kes baharu import di Singapura
SINGAPURA 29 Mac – Singapura merekodkan 21 kes baharu Covid-19 hari ini , kesemuanya adalah kes import dan tiada jangkitan dilaporkan dalam kalangan masyarakat atau di asrama pekerja asing. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) kes jangkitan baharu itu termasuk tiga rakyat Singapura dan tiga Penduduk Tetap (PR) yang pulang dari India, Myanmar, Filipina dan Turki. Ini menjadikan jumlah keseluruhan 60,321 kes. Tiga kes adalah pemegang pas lawatan jangka pendek termasuk seorang lelaki berusia 34 tahun yang melakukan perjalanan dari Malaysia untuk membantu siasatan polis. Dua lagi adalah pemegang pas jangka pendek…
Read MoreKes harian Filipina 10,016
MANILA 29 Mac – Filipina merekodkan kes harian tertinggi selepas mencatatkan 10,016 kes hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 731,894 kes. Jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 9,838 yang dicatatkan pada 26 Mac lalu. Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan setakat pukul 4 petang ini, 16 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 13,186 kematian. Bagi tempoh yang sama jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 603,213 orang atau 82.4 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 78 pesakit sembuh. Kes aktif pula 115,495 atau 15.8…
Read More39 kes baharu di Thailand
BANGKOK 29 Mac – Kes jangkitan Covid-19 di Thailand menunjukkan penurunan apabila merekodkan 39 kes baharu yang melibatkan 28 jangkitan tempatan dan 11 kes import menjadikan jumlah keseluruhan 28,773 kes. Jumlah kematian pula kekal 94 apabila tiada kes meninggal dunia dilaporkan hari ini. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 16 kes disahkan di hospital manakala 12 lagi kes hasil pengesanan aktif dalam masyarakat. Bangkok merekodkan 15 kes baharu di mana sembilan dikesan di hospital dan enam lagi dalam masyarakat. Wilayah Samut Sakhon merekodkan 10 kes baharu manakala Maha Sarakham, Ratchaburi…
Read MoreMalaysia bayar Singapura RM320 juta
PUTRAJAYA 29 Mac – Malaysia telah membayar SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya. Dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura menjelaskan kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia. Jumlah tersebut juga mewakili penyelesaian penuh serta akhir berkaitan pembatalan Perjanjian Dua Hala bagi projek HSR pada 31 Disember 2020. Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Singapura turut menegaskan untuk kekal komited terhadap usaha…
Read More373 kluster aktif, 977 tamat
PUTRAJAYA 29 Mac – Sebelas lagi kluster tamat menjadikan jumlah kluster yang berakhir meningkat kepada 977 berbanding jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini 1,350. Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 373 termasuk tiga kluster baharu yang direkodkan hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti. Sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Desa Empat, Kluster Genting Terang, Kluster Jalan Tebrau Pandan, Kluster Jalan Telok Ira, Kluster Jalan Tebrau Khas, Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Lebuh Keluli, Kluster Jalan Istimewa Tujuh, Kluster Jalan City,…
Read MoreSelangor mendahului, kes turun
PUTRAJAYA 29 Mac – Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 219 kes tetapi menunjukkan penurunan berbanding 256 kes semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 175 kes (79.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan Sarawak yang mendahului kes harian semalam dengan catatan 426 kes menduduki tempat kedua dengan 192 kes diikuti Johor 171 dan Pulau Pinang 164. Selangor: 219 kes 22 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seksyen 16; 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19-19; Dua…
Read More941, kes harian terendah 2021
PUTRAJAYA 29 Mac – Malaysia hari ini mencatat kes harian terendah tahun ini apabila merekodkan 941 kes menjadikan jumlah keseluruhan 342,885 kes. Kali terakhir kes harian di bawah angka 1,000 ialah pada 9 Disember 2020. Sebanyak 63 kes (6.7 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), Kluster Penjara Harapan (1 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), dan Kluster Tembok Taiping (1 kes). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 1,097 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan…
Read MoreDua wajah PN – induk dan kerajaan
APABILA kuasa sudah hilang, ‘takhta’ menjadi milik orang lain, maka bukan sekadar wakil rakyat yang akan melompat mengkhianati parti mereka malahan parti politik juga boleh ‘terbang’ melayang. Begitulah yang terjadi kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO apabila tidak lagi menjadi induk dalam sebuah kerajaan yang dinamakan Perikatan Nasional (PN). UMNO dan BN ketika ini bagaikan pelakon tambahan atau mandur. Kata Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hassan, “jika parti lain memilih meninggalkan UMNO dan BN, ia menandakan kita semakin menua dengan citra ketinggalan zaman. Maka kita harus meremajakan citra UMNO ini dengan…
Read More