Selangor mendahului, kes turun

PUTRAJAYA 29 Mac – Selangor merekodkan kes harian tertinggi iaitu 219 kes tetapi menunjukkan penurunan berbanding 256 kes semalam.

Daripada jumlah ini, sebanyak 175 kes (79.9 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan

Sarawak yang mendahului kes harian semalam dengan catatan 426 kes menduduki tempat kedua dengan 192 kes diikuti Johor 171 dan Pulau Pinang 164.

  • Selangor: 219 kes 
    • 22 kes daripada kluster-kluster; termasuk empat  kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Seksyen 16;
    • 153 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19-19;
    • Dua kes import dari luar negara; dan
    • 42 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 192 kes
    • 22 kes daripada kluster-kluster, termasuk enam kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Taman Vistagro;
    • 112 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 58 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 171 kes
    • 121 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 34 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 16 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 164 kes
    • 64 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 26 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 74 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

 

 

 

Related posts

Leave a Comment