IBARAT sebuah unit rumah flat dua bilik dengan satu tandas. Penghuninya sudah ramai. Tiba-tiba muncul tetamu yang jumlahnya hampir separuh jumlah keluarga itu. Bagaimana suasananya? Tentunya sesak. Tidur berhimpit, kaki tidak mampu melunjur bimbang terkena kepala rakan dan beratur menunggu giliran untuk ke tandas.
Sebagai tuan rumah, apakah penyelesaiannya? Perlukah membeli katil bertingkat bagi memenuhi keselesaan tetamu untuk satu atau dua malam? Atau maklumkan kepada keluarga jangan datang dalam jumlah yang ramai, hadkan kehadiran.
Mungkinkah untuk jangka panjang tuan rumah melakukan ubah suai unit itu? Hakikatnya unit flat itu tidak mampu dipecah atau diperluaskan. Mustahil! begitulah juga apabila timbul kesesakan di khemah penginapan jemaah haji di Mina yang bermula pada 10 Zulhijah yang lalu.
Dalam kepadatan khemah yang sedia ada, tidak banyak yang boleh dilakukan oleh Tabung Haji di tanah milik orang bagi memberi keselesaan kepada je maah yang meningkat berikutan penambahan kuota.
Kawasan sedia ada sudah padat dengan khemah. Keluasannya tidak boleh ditambah. Jika dulu 12 atau 14 orang, kini meningkat kepada 18 orang bagi satu petak khemah. Membina penempatan kekal bertingkat atau katil bertingkat tidak berbaloi jika sekadar digunakan lima hari setahun.
Jika dilakukan semua ini juga akan melibatkan kos. Akhirnya siapa yang mahu menanggung kos itu? Mahu tidak mahu jemaah perlu reda. Apakah pilihan yang ada? Mengekalkan kuota lama sekitar 27,000 atau bersedia menerima tambahan kuota? Bayangkan tahun ini jumlah yang mendapat tawaran meningkat. Inilah peluang yang ditunggu-tunggu jemaah kerana mereka tidak sanggup menunggu lebih lama.
Justeru, redalah dengan kemudahan yang disediakan. Sa hutlah tawaran Tabung Haji, hadirlah dengan penuh ketakwaan dan kesabaran demi satu matlamat iaitu beribadah, memenuhi tuntutan rukun Islam.
Bagi mereka yang berada di lapangan, Arafah, Muzdalifah dan Mina, cuba selak kembali bagaimana cabaran yang terpaksa dihadapi datuk nenek kita yang pernah ke sana suatu masa dulu. Adakah era mereka lebih baik berbanding hari ini? Ibadah ini menuntut banyak kesabaran, semangat kerjasama serta tolak ansur.
Sabar ketika di tandas untuk mandi, membuang air besar dan kecil malahan ketika berwuduk. Buanglah tabiat bermewah seperti amalan harian di negara sendi ri, contohnya mandi berkali-kali sehari dan membazir air ketika berwuduk. Buanglah sikap pentingkan diri sendiri.
Tidak dinafikan di sana ada pelbagai ragam manusia. Diringkas kan cerita, jika tidak mahu bersesak seperti dialami jemaah muassasah, ambillah pakej haji terutama yang memberi penginapan selesa bertaraf lima bintang termasuk berhampiran tempat melontar. Di sana ada layanan istimewa.
Lihatlah sepanjang lima hari di Masyair melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, lautan manusia duduk bersama di dalam atau di luar khemah, berlantaikan tikar atau karpet, berbantalkan beg dan sebagainya. Tidak kira kedudukan, pangkat semuanya sama, hanya berbalut dua helai kain putih bagi lelaki. Mereka sa masama berkongsi bilik dan tandas. Bagi yang memilih khidmat muassasah, tidak ada layanan VIP atau VVIP walaupun mereka tergolong dalam golongan itu.
Di Mina, jemaah perlu belajar bagaimana kesukaran orang lain yang tidak berkhemah, tidak ada makanan dan minuman yang cukup, menumpang tidur di sana sini tetapi ibadat diteruskan sehingga ke akhirnya. Ada jemaah yang tidur di lorong antara khemah disebabkan kepadatan di khemah. Begitu juga yang bermalam di atas jalan. Dalam keadaan yang tidak selesa di luar khemah, mereka menghabiskan masa membaca alQuran atau solat.
Jemaah boleh memberi cadangan untuk penambahbaikan tetapi sejauh mana Tabung Haji dapat melakukannya? Mesti ada kekangan yang menghalang penambahbaikan untuk tahun ini terutama di Arafah dan Mina. Maklumlah ada kuota tambahan yang diterima pada saat akhir.
Tidak dinafikan kesungguhan atau peranan Tabung Haji dalam menyediakan hotel atau penginapan serta perkhidmatan lain di Mekah dan Madinah adalah baik seperti diselak minggu lalu. Itu tidak dinafikan, cuma jarak antara maktab (penginapan) ke Masjidilharam berbeza. Ada maktab yang memerlukan jemaah mengatur langkah lebih jauh dalam cuaca yang panas.
Isu yang menjadi bualan hangat ialah apabila berada di lapangan bagi memulakan perjalanan ibadah ini. Ia memerlukan kekuatan fizikal dan mental serta memiliki semangat jihad untuk menunaikan ibadah haji. Keluhan bermula dalam isu pengangkutan.
Bas itu memang ada tersedia, cuma masa menunggu dan perjalanan menimbulkan masalah. Banyak kerenah termasuk sikap pemandu. Sesuatu perlu dilakukan bagi memperbaiki keadaan ini kerana kesannya adalah terletak di bahu Tabung Haji. Sistem nombor bas sudah elok tetapi hanya bertahan di permulaan ke Arafah. Dari Arafah ke Muzdalifah dan Mina mula bertukar dan tidak tersusun. Ada juga bas sesat sehingga jemaah lewat tiba di Arafah.
Khemah pula menjadi isu utama. Di Arafah, khemah baharu menyebabkan ramai yang merungut panas. Khabarnya berbeza dengan sebelum ini. Ada juga tidak mendapat petak untuk diduduki. Ini cabaran ke pada jemaah yang sudah berusia dan mereka yang keletihan. Di sebabkan panas dan kekurangan tempat, ada jemaah tidur di luar. Mujur kawasan agak luas yang memudahkan pemilihan lokasi untuk tidur.
Masalah yang ketara adalah di Mina. Ada yang tertukar bilik atau petak kerana pelekat nombor bilik tidak jelas sama ada ditampal pada sebelah dalam atau terlindung. Satu persatu pintu khemah diselak untuk mencari nombor. Kesilapan petak berlaku disebab kan kekeliruan ini.
Sesuatu harus dilakukan supaya keadaan ini tidak berulang atau mencari kaedah yang boleh mengurangkan kekeliruan. Jemaah yang keletihan menyebab kan mereka tidak berganjak dari khemah.
Begitu juga ada dalam kumpulan jemaah sebilik yang lebih gemar berbual kosong, melayani telefon, tidur dan sebagainya. Ada juga yang tidak menghormati rakanrakan lain apabila merokok di dalam khemah. Jemaah boleh menegur tetapi sikap manusia yang pantang ditegur atau kerana tidak mahu mengguris hati menyebabkan mereka yang tidak merokok reda sahaja.
Tabung Haji boleh merancang dengan baik tetapi sampai di sana, keadaan mungkin berubah. Pihak di sebelah sana tidak mampu mengikut apa yang dirancangkan. Kemudahan kawasan perkhemahan perlu ditingkatkan terutama laluan untuk jemaah menuju terowong. Longgokan sampah dan peniaga jalanan menyebabkan laluan menjadi sempit. Pihak muassasah pula perlu memastikan kemudahan yang ada dalam keadaan baik sebelum jemaah tiba. Semua permasalahan itu melibatkan perhatian bersama pihak Kerajaan Arab Saudi.
Tabung Haji atau kerajaan boleh mengangkat masalah ke pengetahuan pihak berkuasa di Arab Saudi. Bagi jemaah pula, mahu tidak mahu, anggaplah ibadah ini satu jihad. Selaklah kembali sejarah bagaimana perjalanan ibadah ini di zaman Rasulullah SAW atau sekurang-kurangnya era datuk nenek kita pada masa lalu.
Agaknya berapa peratuskah kesengsaraan atau kesukaran yang dialami pada masa lalu dapat dirasai jemaah pada hari ini. Rasanya amat terlalu sedikit kesukaran yang dirasai. Apa pun masalah yang dihadapi, jemaah nampak ceria sekembali dari Mina dan berjaya melaksanakan ibadah haji. Semoga semua lebih 40,000 jemaah Malaysia memperoleh haji mabrur.
UMA110917010C_2#