Gadek : Bersatu beri laluan kepada PH atau Putra?

MELAKA 31 Okt.  – Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek menarik perhatian bukan sahaja melibatkan pertembungan empat penjuru tetapi juga tiada calon Bersatu tampil mengemukakan kertas pencalonan.

Sebelum ini, ketika mengumumkan senarai lapan calonnya, Bersatu menamakan Mohd. Zamri Abu Bakar sebagai calon DUN Gadek.

Ketiadaan Bersatu menjadikan Laila Norinda Maon dari Putera satu-satunya calon Melayu yang akan berdepan tiga pencabar iaitu Jegasilan Kungamboo (PH-DAP); B. Laveen (Bersama), dan S.Nadarajah (BN-MIC).

Untuk rekod pada PRU DN Melaka 2021, melibatkan pertandingan enam penjuru, BN yang diwakili VP. Shanmugam memenangi Gadek dengan majoriti 559 undi, menewaskan lima calon lain iaitu PH, PN, Putra dan dua calon Bebas.

Mampukah Putra memberi saingan kepada calon-calon lain memandangkan beliau bertanding di kawasan yang dikatakan mempunyai 60 peratus pengundi Melayu ?

Pada PRU DN sebelum ini, BN memperoleh 3,022 undi manakala Laila Norinda hilang wang deposit sementara calon PN, Amir Muharam memperoleh 2,041 undi dan G.Saminathan (PH) memperoleh 2,463 undi.

Berdasarkan keputusan yang lalu, mampukah BN mempertahankan kedudukannya di Gadek? Adakah tindakan Bersatu itu bagi mengelakkan pertindihan dengan calon PH yang kini menjadi rakan kerjasama dalam pilihan raya?

Secara tidak langsung, tindakan Bersatu juga membuka laluan kepada PH untuk meraih sokongan tambahan tetapi pada masa sama adakah pengundi Melayu bersedia memberi undi kepada Putra?

Presiden Putra Datuk Paduka Dr Ibrahim Ali semasa majlis pengisytiharan calon parti itu berkata, berdasarkan komitmen calon itu, pengundi Gadek tidak akan kecewa jika memilih Laila Norinda sebagai wakil rakyat mereka.

Katanya, selepas enam tahun ditubuhkan, Laila Norinda tetap kekal dan komited bersama perjuangan parti yang dalam keadaan serba kekurangan dan tanpa memperoleh sebarang habuan.

Beliau juga berharap pengundi Melayu di Gadek khususnya akan memberi sokongan kepada calon tunggal Putra itu.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment