MANILA 29 Mac – Filipina merekodkan kes harian tertinggi selepas mencatatkan 10,016 kes hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan 731,894 kes.
Jumlah kes harian tertinggi yang direkodkan sebelum ini adalah 9,838 yang dicatatkan pada 26 Mac lalu.
Jabatan Kesihatan (DoH) juga merekodkan setakat pukul 4 petang ini, 16 lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 13,186 kematian.
Bagi tempoh yang sama jumlah kes pesakit sembuh meningkat kepada 603,213 orang atau 82.4 peratus daripada keseluruhan kes. Hari ini 78 pesakit sembuh.
Kes aktif pula 115,495 atau 15.8 peratus.