Malaysia bayar Singapura RM320 juta

PUTRAJAYA 29 Mac  – Malaysia telah membayar SG$102.8 juta (RM320.27 juta) kepada Singapura bagi kos yang ditanggung membabitkan pembangunan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) serta berkaitan dengan lanjutan penangguhannya.

Dalam kenyataan bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dan Menteri Pengangkutan Singapura menjelaskan kedua-dua negara mencapai persetujuan berhubung jumlah tersebut susulan proses verifikasi yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia.

Jumlah tersebut juga mewakili penyelesaian penuh serta akhir berkaitan pembatalan Perjanjian Dua Hala bagi projek HSR pada 31 Disember 2020.

Menurut kenyataan itu, Malaysia dan Singapura turut menegaskan untuk kekal komited terhadap usaha memelihara hubungan baik serta menjalin kerjasama erat bagi kepentingan bersama rakyat masing-masing.

Related posts

Leave a Comment