Lebih 7 juta disuntik vaksin

JAKARTA 29 Mac –  Sebanyak 5,008 kes baharu Covid-19 direkodkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan kes di Indonesia meningkat kepada 1,501,093 dengan kes aktif 123,694.

Jawa Barat menambahkan 1,610 kes dan kumulatifnya 248,396 diikuti Jakarta 1,014 (380.706), Jawa Tengah 388 (167.664), Banten 328  (36.490) dan Kalimantan Selatan 275 (27.394).. 

Kes sembuh pula melebihi 1.3 juta atau 1,336,818  (89.1 peratus) setelah 5,418 orang lagi dilaporkan pulih.

Lima provinsi merekodkan pesakit sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 1,370 dan kumulatifnya 220,309 orang, Jakarta 1,008 (366,542), Jawa Tengah 896 (124.835), Kalimantan Timur 300 (58.585), dan Jawa Timur 283 (127.092).

Bagi pesakit meninggal dunia pula, sebanyak 132 kes dilaporkan dengan jumlah kumulatif mencapai 40.581.

Jawa Tengah merekodkan 39 kes dan kumulatifnya 7,246 diikuti Jawa Timur 26 kes (9,854), Jakarta 22 ( 6.323), Bali tujuh (1.119) dan Jawa Barat enam kes dengan  kumulatifnya 3.141 kes. 

Sementara itu, jumlah penerima program vaksinasi Covid-19 setakat ini mencecah 7,394,421 orang selepas 151,219 lagi menerima suntikan vaksin manakala 3,313,494 menerima suntikan kedua.

Related posts

Leave a Comment