373 kluster aktif, 977 tamat

PUTRAJAYA 29 Mac – Sebelas lagi kluster tamat menjadikan jumlah kluster yang berakhir meningkat kepada 977 berbanding jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini 1,350.

Ini menjadikan jumlah kluster aktif sebanyak 373 termasuk tiga kluster baharu yang direkodkan hari ini yang melibatkan dua kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti.

Sebelas kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Desa Empat, Kluster Genting Terang, Kluster Jalan Tebrau Pandan, Kluster Jalan Telok Ira, Kluster Jalan Tebrau Khas, Kluster Jalan Istimewa Cemerlang, Kluster Lebuh Keluli, Kluster Jalan Istimewa Tujuh, Kluster Jalan City, Kluster Patikang Ulu, dan Kluster Taman Industri.

Sebanyak 43 kluster menunjukkan pertambahan kes baharu tertinggi termasuk

Kluster Pagar Bukit Chagar (60 kes), Kluster Teknologi Bukit Minyak (58 kes), dan Kluster Batu 22 (46 kes).

Tiga kluster baharu yang dikenal pasti pada hari ini adalah :

  • KLUSTER SEKSYEN 16

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Hulu Langat dan Sepang di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-327393) dilaporkan positif Covid-19 pada 18 Mac 2021 hasil saringan kontak rapat. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pendidikan yang terletak di Seksyen 16, Bandar Baru Bangi. Sehingga 29 Mac, sejumlah 322 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN AZLAN

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Kepong dan Titiwangsa di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta daerah Kuala Langat di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-338600) dilaporkan positif Covid-19 pada 26 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat pentadbiran awam yang terletak di Jalan Sultan Azlan Shah, Sentul, Kepong. Sehingga 29 Mac, sejumlah 70 individu disaring, di mana sembilan kes dikesan positif.

  • KLUSTER TAMAN VISTAGRO

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Sri Aman di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-337909) dilaporkan positif Covid-19 pada 25 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Nama kluster merujuk kepada lokaliti di mana kes-kes dalam kluster ini dilaporkan berlaku iaitu di Taman Vistagro, Sri Aman. Sehingga 29 Mac, sejumlah 179 individu disaring, di mana 18 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment