“SELAMAT BERSARA DCP HELMI”

SELAMA 35 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, akhirnya DCP Datuk Helmi bersara mulai esok 28 Mac 2021.Berat hatinya untuk meninggalkan pasukan polis yang baginya bagaikan kehilangan sesuatu setelah bersara. Menjelang hari-hari terakhir persaraannya, DCP Helmi begitu tertekan apabila Geng Tiger masih bebas dan seorang suspek mati dalam tahanan.Kecaman netizen menyebabkan anggotanya terus bertekad memburu penjenayah. Dan hasil satu operasi, pasukannya berjaya menangkap Sam, ketua Geng Tiger yang aktif melakukan rompakan di Kuala Lumpur. Khabar gembira buat DCP Helmi. Pada hari terakhir, beliau menasihatkan anggota pasukannya supaya terus bekerja dan berkhidmat…

Read More

JAKARTA 27 Mac – Indonesia setakat hari ini, Sabtu merekodkan 1.49 juta kes positif Covid-19 termasuk 4,461 kes baharu yang direkodkan dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari 26/03 – 12 tengah hari ini). Daripada 1,492,002 kes yang dilaporkan itu, sebanyak 1,327,121 pesakit dilaporkan sembuh termasuk 4,234 yang pulih hari ini. Bagi tempoh yang sama, sebanyak 198 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 40,364 kematian. Sementara itu Jakarta merekodkan 1,354 kes baharu diikuti Jawa Barat 476,  Jawa Timur: 275, Kalimantan Selatan: 267, Banten: 220, Kalimantan Timur:…

Read More

502 kes baharu di Arab Saudi

RIYADH 27 Mac – Arab Saudi masih merekodkan kes harian tertinggi Covid-19 selepas merekodkan 502 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 387,794 kes. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam juga, enam lagi pesakit meninggal dunia dan ini membawa kepada 6,643 kematian. Pada masa yang sama, jumlah kes sembuh menunjukkan peningkatan dengan merekodkan jumlah keseluruhan sebanyak 376,558 termasuk 355 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 226 kes, satu peningkatan berbanding 213 semalam. Makkah pula merekodkan 94 kes dan daerah Timur merekodkan…

Read More

Thailand catat 80 kes baharu

BANGKOK 27 Mac – Thailand merekodkan 80 kes baharu Covid-19 melibatkan 73 tempatan dan tujuh import dengan satu kes meninggal dunia hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 28,657 kes dan 93 kematian. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, kes kematian melibatkan lelaki penghidap kencing manis berusia 45 tahun di Nakhon Pathom. Daripada 73 kes jangkitan tempatan, Bangkok merekodkan angka tertinggi iaitu 52 atau 71.2 peratus di mana 29 orang adalah dalam kalangan pesakit luar dan 23 melalui pengesanan kes secara aktif. Samut Sakhon merekodkan 15 kes baharu iaitu 11 melibatkan pesakit luar…

Read More

Kes baharu 9,595 di Filipina

MANILA 27 Mac – Masih dengan empat angka dan bermula dengan angka 9, kes jangkitan Covid-19 terus merekodkan lebih 9,000 kes iaitu 9,595, turun sedikit berbanding 9,838 kes semalam. Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan setakat pukul 4 petang ini adalah sebanyak 712,442. Menurut Jabatan Kesihatan, sebanyak 481 kes sembuh direkodkan menjadikan jumlah pesakit pulih meningkat kepada 581,161 atau 81.6 peratus dengan kes aktif pula 118,122. Pada masa yang sama, sebanyak 10 orang pesakit meninggal dunia dan ini menjadikan jumlah kematian 13,159 orang.

Read More

952 kluster tamat, 392 aktif

PUTRAJAYA 27 Mac – Sebanyak 10 kluster tamat hari ini menjadikan jumlah keseluruhan 952 manakala yang aktif pula 392. Pada masa yang sama sembilan kluster baharu dilaporkan iaitu lima kluster tempat kerja dan empat kluster komuniti yang membawa kepada jumlah keseluruhan kluster yang direkodkan setakat ini 1,344. Sepuluh kluster yang tamat pada hari ini adalah Kluster Jalan Gemilang Satu, Kluster Jalan Scientex Jaya, Kluster Kampung Pulau Raja, Kluster Jalan Putra Silang, Kluster Tapak Bina Persiaran Puteri, Kluster Casa Permai, Kluster Renggam, Kluster Seruling, Kluster Jalan Mega Teknologi, dan Kluster Tapak…

Read More

Selangor catat penurunan kes

PUTRAJAYA 27 Mac – Selangor masih mendahului kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 283 kes (23.6 peratus) tetapi menunjukkan penurunan berbanding hari-hari sebelum ini. Daripada jumlah ini, sebanyak 203 kes (71.7 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 267 kes (22.3 peratus), Kelantan sebanyak 138 kes (11.5 peratus) dan Pulau Pinang 125 kes. Selangor: 283 kes  28 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 175 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; Satu kes import dari luar negara; dan…

Read More

Kes baharu turun kepada 1,199

Status terkini COVID-19 setakat 27 Mac 2021 Jumlah kes sembuh baru: 1,257 kes Jumlah kumulatif kes sembuh: 325,182 kes (95.5%) Jumlah kes baharu COVID-19: 1,199 kes Jumlah kumulatif: 340,642 kes Jumlah kes aktif: 14,209 kes Kes tempatan: 1,194 kes (959 WN, 235 BWN) Kes import: 5 kes (2 WN, 3 BWN) Jumlah kematian baru: 2 kes (1 WN, 1 BWN) Jumlah kumulatif kematian: 1,251 kes (0.37 %) Jumlah kes di ICU: 167 kes Pesakit COVID-19 Intubated: 72 kes

Read More

Galeri seni hargai Kit Siang

KUALA LUMPUR: Bagi menghargai liku-liku kehidupan politik Lim Kit Siang, beberapa individu mewujudkan Galeri Seni Theatre Impian yang juga sempena ulang tahun kelahiran ke-80 veteran DAP itu. Sebanyak 100 karya seni dipamerkan yang menurut Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Tony Pua, ia dihasilkan oleh 80 pengkarya tempatan. Teater Impian  adalah sorotan hidup, perjuangan dan aspirasi veteran DAP ini untuk Malaysia yang dihasilkan oleh penyokong yang mahu menghargai Kit Siang, yang selama lebih 55 tahun berkecimpung dalam bidang politik. Selain lukisan, beberapa karya seni berbentuk catan, kaligrafi dan seni saduran memaparkan setiap…

Read More

UMNO bukan ‘anak ayam’

KUALA LUMPUR 27 Mac – UMNO perlu menjadi ‘striker’ (pemain utama) dan tidak boleh lagi menjadi ‘anak ayam’ sebaliknya sebagai induk ayam, kata Timbalan Presiden, Mohamad Hasan. “Induk akan sayang semua anaknya. Bukan orang Melayu sahaja yang kami jaga, kami akan menjaga semua kaum juga,” katanya. Bercakap pada sidang media selepas ucap utama beliau di Perhimpunan Agung UMNO 2020 (PAU 2020), beliau berkata, jawatan Perdana Menteri adalah untuk UMNO, untuk BN. Katanya, UMNO yang sudah meneraju negara buat 60 tahun tidak biasa mengikut dan tunduk pada arahan mana-mana pihak. “Walaupun…

Read More