Kes cacar monyet kelima di Thailand

BANGKOK 16 Ogos – Thailand merekodkan kes cacar monyet kelima melibatkan seorang wanita tempatan berusia 25 tahun yang mempunyai sejarah perjalanan ke Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit, Dr Opas Karnkawinpong, wanita itu dipercayai dijangkiti sebelum tiba di sini.

Wanita itu dikesan mengalami simptom ketara dan ruam pada badannya sejurus tiba di Lapangan Terbang Suvarnabhumi, kemudiannya dibawa ke hospital sebelum ujian makmal mengesahkan wanita itu positif cacar monyet.

Berikutan itu, dua penumpang warga asing yang duduk bersebelahan wanita itu dikenalpasti dan dikategori sebagai kontak rapat. Mereka sedang dikesan bagi membendung penularan cacar monyet.

Thailand melaporkan Kes pertama cacar monyet di Thailand membabitkan seorang warga Nigeria berusia 27 tahun di Phuket, pada 18 Julai yang kemudiannya  melarikan diri ke Phnom Penh.

Related posts

Leave a Comment