Kes harian tertinggi di Jakarta

JAKARTA 25 Mac – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Indonesia menunjukkan pertambahan sebanyak 6,107 kes menjadikan  jumlah kumulatifnya kini 1,482,559. Lima provinsi dengan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,726 dengan kumulatifnya  375.487 kes diikuti Jawa Barat 1.172 (244.921), Jawa Tengah 505 (166,773),  Jawa Timur 348 (137,834)  dan Kalimantan Timur 320 (62,478) Kes aktif pula bertambah sebanyak 1,353 kes menjadikan 125,279. Pada masa yang sama, kes sembuh terus merekodkan peningkatan apabila jumlahnya mencecah 1,317,199 termasuk kes sembuh hari ini sebanyak 4,656 kes. Jawa Barat mencatatkan kes sembuh harian tertinggi sebanyak…

Read More

Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 25 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 di Arab Saudi terus meningkat apabila merekodkan 482 kes, pertambahan 16 kes berbanding 466 kes semalam. Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 386,782. Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, enam lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 6,630 kematian. Sebanyak 360 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan ini membawa kepada 375,831 pesakit telah pulih daripada Covid-19. Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 204 kes diikuti Makkah 84 kes dan daerah Timur 76 kes.…

Read More

22 syarikat dapat lesen PJH

KUALA LUMPUR 25 Mac – Sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan diberi lesen haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021. Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh lembaga berkenaan. Setakat hari ini, kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1442H/2021M (2021) daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Oleh itu, semua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji…

Read More

92 tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 25 Mac – Thailand merekodkan 97 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 92 kes jangkitan tempatan dan lima kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 28,443 kes. Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, sebanyak 49 kes dikesan dalam komuniti dan 43 lagi di hospital. Bangkok merekodkan 65 kes baharu di mana 44 dikesan melalui ujian di lapangan yang melibatkan 27 warga Thai, 16 Myanmar dan seorang Tajikistani manakala 21 warga Thai di hospital. Samut Sakhon pula merekodkan 15 kes baharu iaitu 12 disahkan di hospital dan tiga dalam komuniti. Turut merekodkan kes…

Read More

Filipina catat 8,773 kes baharu

MANILA 25 Mac – Jabatan Kesihatan Filipina hari ini merekodkan 8,773 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 693,048 kes. Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 574 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 580,062 atau 83.7 peratus daripada keseluruhan kes. Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga meningkat kepada 13,095 termasuk 56 kematian hari ini. Kes aktif pula 99,891 kes.

Read More

Lapan lagi kluster baharu

PUTRAJAYA 25 Mac – Lapan lagi kluster baharu direkodkan hari ini melibatkan tujuh kluster tempat kerja dan satu kluster komuniti menjadikan jumlah keseluruhan 1,322 kluster. Daripada jumlah itu, 928 telah tamat termasuk sembilan hari ini iaitu Kluster Tapak Bina Lorong Peel, Kluster Industri Jalan Empat, Kluster Taman Integrasi, Kluster Jalan Tiga KKIP, Kluster Jalan Sepuluh, Kluster Jalan Tiga Belas, Kluster Guntong Dalam, Kluster Jalan Perindustrian Murni, dan Kluster Tapak Bina Indera Mahkota. Kluster aktif pula sebanyak 394 dan 55 daripadanya merekodkan tambahan kes baharu termasuk Kluster Jalan Faizal (50 kes),…

Read More

Selangor mendahului kes harian

PUTRAJAYA  25 Mac – Selangor terus mendahului catatan  kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.2 peratus). Daripada jumlah ini, sebanyak 210 kes (59.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes (22.6 peratus) dan Johor sebanyak 129 kes (9.5 peratus). Selangor: 356 kes  41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bandar Sri, Kluster Persiaran Maktab, dan Kluster Putra Satu; 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 146…

Read More

1,360 kes baharu, 1,491 sembuh

PUTRAJAYA 25 Mac – Sebanyak 1,360 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 338,168. Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, hanya satu kes import direkodkan. Bagi kes tempatan, 1,086 melibatkan warganegara dan 273 bukan warganegara. Sebanyak 62 kes (4.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (27 kes), Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Muhasabah (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1…

Read More

PKPD dua kampung di Kota Belud

KUALA LUMPUR 25 Mac –  Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) dikuatkuasakan di Kampung Lebak Moyoh dan Kampung Siasai Tamu, Kota Belud, Sabah bermula esok sehingga 8 April depan. Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata pelaksanaan PKPD itu berikutan pengesahan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bahawa berlaku peningkatan kes secara mendadak di kedua-dua lokaliti dengan kadar kebolehjangkitan tinggi dalam komuniti. Sehingga kini, sebanyak 89 ujian saringan dilaksanakan di Kampung Lebak Moyoh dan daripada jumlah itu, seramai sembilan orang didapati positif Covid-19 manakala sebanyak 77 ujian saringan pula dilaksanakan di Kampung Siasai Tamu di…

Read More

74,289 terima dua dos suntikan

PUTRAJAYA 25 Mac – Seramai 74,289 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba. Beliau berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976. Dr Adham berkata Selangor mencatat jumlah teramai menerima suntikan dos pertama iaitu 60,521 orang, diikuti Perak (49,528) dan Sabah (41,415). Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922)…

Read More