92 tempatan, 5 import di Thailand

BANGKOK 25 Mac – Thailand merekodkan 97 kes baharu Covid-19 yang melibatkan 92 kes jangkitan tempatan dan lima kes import yang membawa kepada jumlah keseluruhan 28,443 kes.

Menurut Jabatan Kawalan Penyakit, sebanyak 49 kes dikesan dalam komuniti dan 43 lagi di hospital.

Bangkok merekodkan 65 kes baharu di mana 44 dikesan melalui ujian di lapangan yang melibatkan 27 warga Thai, 16 Myanmar dan seorang Tajikistani manakala 21 warga Thai di hospital.

Samut Sakhon pula merekodkan 15 kes baharu iaitu 12 disahkan di hospital dan tiga dalam komuniti.

Turut merekodkan kes adalah Samut Prakan (5), Nakhon Pathom (3) dan satu masing-masing di Chachoengsao, Pathum Thani, Suphan Buri and Ratchaburi.

Lima kes import yang dikuarantin pula adalah ketibaan dari Amerika Syarikat (2) dan masing-masing satu dari Sweden, Turki dan Malaysia.

Sementara itu kes sembuh pula meningkat kepada 26,946 termasuk 73 kes yang dilaporkan sembuh hari ini

Sementara itu daripada 28,443 jumlah kes, sebanyak 26,946 (94%) dilaporkan pulih termasuk 73 kes yang dilaporkan sembuh hari ini. Jumlah kematian kekal 92.

Pada masa ini juga, 1,405 pesakit masih menerima rawatan di hospital.

Related posts

Leave a Comment