Filipina catat 8,773 kes baharu

MANILA 25 Mac – Jabatan Kesihatan Filipina hari ini merekodkan 8,773 kes baharu Covid-19 yang membawa kepada jumlah keseluruhan 693,048 kes.

Setakat pukul 4 petang ini, sebanyak 574 kes dilaporkan sembuh menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 580,062 atau 83.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Jumlah pesakit yang meninggal dunia akibat Covid-19 juga meningkat kepada 13,095 termasuk 56 kematian hari ini.

Kes aktif pula 99,891 kes.

Related posts

Leave a Comment