Arab Saudi catat peningkatan kes

RIYADH 25 Mac – Jumlah kes positif Covid-19 di Arab Saudi terus meningkat apabila merekodkan 482 kes, pertambahan 16 kes berbanding 466 kes semalam.

Dengan perkembangan ini, jumlah keseluruhan kes yang direkodkan setakat ini adalah 386,782.

Menurut Kementerian Kesihatan, dalam tempoh 24 jam, enam lagi kematian direkodkan akibat Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif 6,630 kematian.

Sebanyak 360 pesakit dilaporkan sembuh hari ini dan ini membawa kepada 375,831 pesakit telah pulih daripada Covid-19.

Riyadh terus merekodkan kes harian tertinggi dengan mencatatkan 204 kes diikuti Makkah 84 kes dan daerah Timur 76 kes.

Terdapat 4,321 kes aktif direkodkan dengan 622 daripadanya dalam keadaan kritikal.

Related posts

Leave a Comment