Selangor mendahului kes harian

PUTRAJAYA  25 Mac – Selangor terus mendahului catatan  kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 356 kes (26.2 peratus).

Daripada jumlah ini, sebanyak 210 kes (59.0 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 308 kes (22.6 peratus) dan Johor sebanyak 129 kes (9.5 peratus).

  • Selangor: 356 kes 
    • 41 kes daripada kluster-kluster, termasuk 13 kes daripada kluster-kluster baharu iaitu Kluster Bandar Sri, Kluster Persiaran Maktab, dan Kluster Putra Satu;
    • 169 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 146 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 308 kes
    • 124 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 120 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 64 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 129 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 36 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 33 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Pulau Pinang: 113 kes 
    • Enam (6) kes daripada kluster-kluster sedia ada;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 57 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment