1,360 kes baharu, 1,491 sembuh

PUTRAJAYA 25 Mac – Sebanyak 1,360 jangkitan baharu Covid-19 direkodkan hari ini menjadikan kes kumulatif setakat ini sebanyak 338,168.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daripada jumlah jangkitan baharu yang dicatatkan hari ini, hanya satu kes import direkodkan.

Bagi kes tempatan, 1,086 melibatkan warganegara dan 273 bukan warganegara.

Sebanyak 62 kes (4.6 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Tembok Tapah (27 kes), Kluster Telok Mas (20 kes), Kluster Tembok Muhasabah (12 kes), Kluster Tembok Pengkalan Chepa (1 kes), Kluster Tembok Bukit Besi (1 kes), dan Kluster Tembok Sungai Udang (1 kes).

Beliau turut memaklumkan, seramai 1,491 pesakit sembuh direkodkan menjadikan kes pulih keseluruhan sebanyak 322,416.

Manakala keseluruhan kes aktif dalam negara kini mencecah angka 14,504.

Sebanyak 157 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana 72 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Dua kematian kedua-duanya di Sarawak direkodkan menjadikan jumlah kumulatif 1,248.

Related posts

Leave a Comment