22 syarikat dapat lesen PJH

KUALA LUMPUR 25 Mac – Sebanyak 22 syarikat pelancongan tempatan diberi lesen haji oleh Lembaga Tabung Haji (TH) untuk beroperasi sebagai Pengelola Jemaah Haji (PJH) bagi tahun 2021.

Pengarah Eksekutif Haji TH Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata pelantikan itu adalah sebahagian daripada pelan persediaan awal haji yang dilakukan oleh lembaga berkenaan.

Setakat hari ini, kerajaan Malaysia dan TH masih lagi menunggu makluman rasmi berkaitan urusan haji untuk tahun 1442H/2021M (2021) daripada pihak berkuasa Arab Saudi.

Oleh itu, semua PJH yang dilesenkan tidak dibenarkan lagi mengeluarkan sebarang iklan pakej-pakej haji sehingga kebenaran rasmi dikeluarkan oleh TH,” katanya dalam satu kenyataan TH hari ini.

Syed Saleh seterusnya mengingatkan mana-mana individu atau agensi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan pakej haji tanpa memperoleh kelulusan daripada TH merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535).

Sementara itu, semua wakil PJH yang hadir pada majlis penyerahan lesen PJH di Menara TH baru-baru ini telah diberikan taklimat berkaitan norma baharu pelaksanaan ibadah haji pada musim pandemik Covid-19.

SENARAI PJH

1. TH TRAVEL & SERVICES SDN. BHD.

2. ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

3. ALIF TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

4. AL-BALAD TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

5. AZ ZUHA GROUP TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

6. BATUTA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

7. C.S HOLIDAYS SDN. BHD.

8. CITRA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

9. EIMAN TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

10. GEMILANG TRAVEL AND TOURS SDN. BHD.

11. JAD TRAVEL & TOURS (M) SDN. BHD.

12. JUARA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

13. MASAMAS TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

14. MIMM TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

15. MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

16. RAYHAR TRAVELS SDN. BHD.

17. SYARIKAT PELANCUNGAN YASKIN SDN. BHD.

18. TM TOURS & TRAVEL SDN. BHD.

19. TRI-D TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

20. UTAS TRAVEL & TOURS WORLDWIDE HOLIDAYS SDN. BHD.

21. WIRA SAUJANA TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

22. ZAHAFIZ TRAVEL & TOURS SDN. BHD.

Related posts

Leave a Comment