Kes harian tertinggi di Jakarta

JAKARTA 25 Mac – Jumlah kes positif harian Covid-19 di Indonesia menunjukkan pertambahan sebanyak 6,107 kes menjadikan  jumlah kumulatifnya kini 1,482,559.

Lima provinsi dengan kes harian tertinggi adalah Jakarta 1,726 dengan kumulatifnya  375.487 kes diikuti Jawa Barat 1.172 (244.921), Jawa Tengah 505 (166,773),  Jawa Timur 348 (137,834)  dan Kalimantan Timur 320 (62,478)

Kes aktif pula bertambah sebanyak 1,353 kes menjadikan 125,279.

Pada masa yang sama, kes sembuh terus merekodkan peningkatan apabila jumlahnya mencecah 1,317,199 termasuk kes sembuh hari ini sebanyak 4,656 kes.

Jawa Barat mencatatkan kes sembuh harian tertinggi sebanyak 1,147 dengan kumulatifnya 215,423 diikuti Jakarta 719 (362,909), Jawa Tengah 524 (123,305), Kalimantan Timur 379 (56,985) dan Jawa Timur 282 (125,977).

Kes pesakit meninggal dunia turut menunjukkan peningkatan apabila jumlah kumulatif kini 40,081 termasuk 98 kematian hari ini.

Jawa Timur merekodkan 22 kematian dengan kumulatifnya 9,766, Jawa Tengah 13 (7,199), Jakarta 12 (6,249), Jawa Barat 12 (3,025) dan Kalimantan Timur 9 kes dengan  kumulatifnya 1.464 kes.

Mengenai program vaksinasi Covid-19,  jumlah penerimanya meningkat melebihi 6 juta orang iaitu 6,389,837 selepas 411,586 lagi menerima vaksin manakala jumlah

penerima vaksin dos kedua pula sebanyak 2,941,016

Related posts

Leave a Comment