74,289 terima dua dos suntikan

PUTRAJAYA 25 Mac – Seramai 74,289 individu melengkapkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Dr Adham Baba.

Beliau berkata bagi tempoh sama, 436,687 individu telah menerima dos pertama, dengan jumlah keseluruhan pemberian dos pertama dan kedua vaksin Covid-19 di negara ini adalah 510,976.

Dr Adham berkata Selangor mencatat jumlah teramai menerima suntikan dos pertama iaitu 60,521 orang, diikuti Perak (49,528) dan Sabah (41,415).

Sementara itu, Sarawak mencatat jumlah individu teramai melengkapkan kedua-dua dos suntikan vaksin Covid-19 iaitu 10,643 diikuti Kelantan (7,922) dan Kuala Lumpur (7,769).

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Februari itu, menyasar untuk memberikan imunisasi secara percuma kepada

Related posts

Leave a Comment