5,227 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 24 Mac – Indonesia merekodkan 5,227 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari 23 Mac hingga 12 tengah hari 24 Mac) menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,476,452 kes. Pada masa yang sama, 118 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 39,983 kematian atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes. Turut menunjukkan peningkatan adalah pesakit sembuh yang kini mencatatkan jumlah keseluruhan 1,312,543 orang termasuk 7,622 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini. Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,469 kes dengan jumlah kumulatif 214,276…

Read More

Arab Saudi terus catat tambahan kes

RIYADH 24 Mac – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19  apabila 466 kes dilaporkan hari ini berbanding 410 yang direkodkan semalam dan hari-hari sebelumnya 404 dan 367 kes. Ini bermakna jumlah yang dicatatkan hari ini adalah yang tertinggi selepas lebih empat bulan menunjukkan trend penurunan selepas merekodkan 471 kes pada 10 November 2020. Berikutan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes positif di Arab Saudi meningkat kepada 386,300 dengan kes aktif 4,205 di mana 627 dalam keadaan kritikal. Kementerian Kesihatan juga mengumumkan enam lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24…

Read More

Hampir 10,000 pekerja asing positif

KUALA LUMPUR 24 Mac – Sebanyak 54 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu. Menteri Kanan Pertahanan, Ismail Sabri Yaakob berkata, semua yang ditahan dikompaun di atas kesalahan masing-masing. Kesalahan itu adalah gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (21), tidak memakai pelitup muka (17), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (6), aktiviti pusat hiburan (5), tiada penjarakan fizikal (3), langgar perintah kuarantin (1) dan memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran (1). Dalam satu kenyataan, beliau berkata,…

Read More

6,666 kes baharu du Filipina

MANILA 24 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,666 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 684,311 kes dengan kes aktif 91,754. Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 47 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 13,039 kematian. Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila jumlah keseluruhan kini 579,518 atau 84.7 peratus termasuk 1,072 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

Read More

69 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Mac – Thailand merekodkan 69 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan 61 kes tempatan dan lapan import menjadikan jumlah keseluruhan 28,346 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 44 kes disahkan di hospital manakala 17 dikesan dalam masyarakat. Bangkok merekodkan 43 kes di mana 30 disahkan di hospital yang melibatkan 29 warga Thai, seorang Myanmar manakala 13 yang lain iaitu lapan warga Thai dan lima Myanmar dikesan melalui ujian di lapangan. Samut Sakhon merekodkan sembilan kes, tiga kes di Pathum Thani, dua di Tak, satu masing-masing di…

Read More

919 kluster tamat, empat baharu

PUTRAJAYA 24 Mac – Empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu melibatkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,314. Bagaimanapun 919 kluster telah tamat termasuk lapan hari ini iaitu Kluster Kubang Jambu, Kluster Jalan Geronggang, Kluster Bukit Tengah, Kluster Pangkal Changgong, Kluster Ladang Segama, Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz, Kluster Jalan Dato Yunus, dan Kluster Tapak Bina Jalan Emas. Sebanyak 395 kluster aktif dan 56 merekodkan pertambahan kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran…

Read More

Selangor mendahului tetapi turun

PUTRAJAYA 24 Mac – Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (38.6 peratus). Bagaimanapun ia menunjukkan penurunan berbanding 625 kes semalam. Daripada jumlah itu, sebanyak 412 kes (84.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes (11.1 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (10.6 peratus). Selangor: 490 kes  192 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Alam; 220 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan 78 kes…

Read More

1,268 kes baharu, 2 kematian

PUTRAJAYA 24 Mac – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merekodkan 1,268 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kini 336,808 dengan kes aktif 14,637. Daripada jumlah itu, 1,263 adalah kes tempatan melibatkan 946 warganegara (74.9%) dan 317 bukan warganegara (25.1%) manakala lima kes import yang terdiri daripada empat warganegara dan satu bukan warganegara. Sebanyak 41 kes (3.2 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara dan Depot Tahanan Imigresen (DTI) yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan (27 kes), Kluster Tembok Tapah (7), Kluster Depot Imigresen Semuja (3), Kluster DTI Sepang 2…

Read More

51,621 terima dos kedua

SERAMAI 51,621 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima dos kedua vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat semalam, 23 Mac 2021. Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata 430,368 sudah menerima dos pertama. Katanya Selangor merekodkan pemberian vaksin dos pertama tertinggi dengan 58,552 individu, diikuti Perak (49,451); Sabah (41,125); Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103). Ini disusuli Pahang dengan 33,317; Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394); Kedah (26,293) dan Kelantan (19,734). “PDi Terengganu pula merekodkan 19,698 individu; Negeri Sembilan (19,639); Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344).

Read More