Selangor mendahului tetapi turun

PUTRAJAYA 24 Mac – Selangor merekodkan kes harian baharu tertinggi iaitu sebanyak 490 kes (38.6 peratus). Bagaimanapun ia menunjukkan penurunan berbanding 625 kes semalam.

Daripada jumlah itu, sebanyak 412 kes (84.1 peratus) adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Ini diikuti oleh Sarawak sebanyak 141 kes (11.1 peratus) dan Johor sebanyak 135 kes (10.6 peratus).

  • Selangor: 490 kes 
    • 192 kes daripada kluster-kluster, termasuk satu kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Alam;
    • 220 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 78 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Sarawak: 141 kes
    • 28 kes daripada kluster-kluster, termasuk 12 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Chupak;
    • 82 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19;
    • Satu (1) kes import dari luar negara; dan
    • 30 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.
  • Johor: 135 kes  
    • 60 kes daripada kluster-kluster, termasuk 23 kes daripada kluster baharu iaitu Kluster Jalan Wawasan Dua;
    • 50 kes daripada saringan kontak rapat kes positif Covid-19; dan
    • 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19.

Related posts

Leave a Comment