Arab Saudi terus catat tambahan kes

RIYADH 24 Mac – Arab Saudi terus mencatatkan peningkatan kes positif Covid-19  apabila 466 kes dilaporkan hari ini berbanding 410 yang direkodkan semalam dan hari-hari sebelumnya 404 dan 367 kes.

Ini bermakna jumlah yang dicatatkan hari ini adalah yang tertinggi selepas lebih empat bulan menunjukkan trend penurunan selepas merekodkan 471 kes pada 10 November 2020.

Berikutan pertambahan itu, jumlah keseluruhan kes positif di Arab Saudi meningkat kepada 386,300 dengan kes aktif 4,205 di mana 627 dalam keadaan kritikal.

Kementerian Kesihatan juga mengumumkan enam lagi pesakit meninggal dunia dalam tempoh 24 jam menjadikan jumlah kumulatif 6,624 kematian.

Bagi tempoh yang sama, sebanyak 306 kes sembuh direkodkan dan ini membawa kepada 375,471 orang pesakit telah pulih.

Sementara itu Riyadh terus mencatatkan kes harian tertinggi dengan merekodkan 193 kes diikuti Makkah 102 dan daerah Timur 71.

Related posts

Leave a Comment