51,621 terima dos kedua

SERAMAI 51,621 individu dalam kalangan petugas barisan hadapan sudah menerima dos kedua vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, setakat semalam, 23 Mac 2021.

Menteri Kesihatan, Dr. Adham Baba berkata 430,368 sudah menerima dos pertama.

Katanya Selangor merekodkan pemberian vaksin dos pertama tertinggi dengan 58,552 individu, diikuti Perak (49,451); Sabah (41,125); Kuala Lumpur (37,254) dan Sarawak (36,103).

Ini disusuli Pahang dengan 33,317; Johor (31,451), Pulau Pinang (30,394); Kedah (26,293) dan Kelantan (19,734).

“PDi Terengganu pula merekodkan 19,698 individu; Negeri Sembilan (19,639); Melaka (10,875), Perlis (9,526), Putrajaya (4,612) dan Labuan (2,344).

Related posts

Leave a Comment