5,227 kes baharu di Indonesia

JAKARTA 24 Mac – Indonesia merekodkan 5,227 kes positif baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam (12 tengah hari 23 Mac hingga 12 tengah hari 24 Mac) menjadikan jumlah kumulatif meningkat kepada 1,476,452 kes.

Pada masa yang sama, 118 lagi pesakit meninggal dunia menjadikan jumlah keseluruhan 39,983 kematian atau 2.7 peratus daripada keseluruhan kes.

Turut menunjukkan peningkatan adalah pesakit sembuh yang kini mencatatkan jumlah keseluruhan 1,312,543 orang termasuk 7,622 pesakit yang dilaporkan sembuh hari ini.

Lima wilayah merekodkan kes sembuh harian tertinggi iaitu Jawa Barat 2,469 kes dengan jumlah kumulatif 214,276 diikuti Jakarta 1,746, Jawa Tengah 1,171, Kalimantan Timur 341 dan Kalimantan Selatan 251.

Bagi kes positif pula, Jawa Barat menambah 1,329 dan kumulatifnya 243,749 kes,  Jakarta 890 (373,761), Jawa Tengah 403 (166,268), Jawa Timur 289 (137,486) dan  Kalimantan Timur 275 dan kumulatifnya 62,158. 

Sementara itu, Jawa Tengah merekodkan 23 kematian dan kumulatifnya 7,186,  Jawa Timur 21 (9,744), Jakarta 11 (6,237), Bali 11 (1.090) dan  Jawa Barat 7 (3,013).

Indonesia juga sudah memberi vaksin kepada 5,978,251 orang termasuk hari ini 246,041 manakala penerima dos kedua meningkat menjadi 2.709.545 orang.

Related posts

Leave a Comment