69 kes baharu di Thailand

BANGKOK 24 Mac – Thailand merekodkan 69 kes baharu Covid-19 hari ini yang melibatkan 61 kes tempatan dan lapan import menjadikan jumlah keseluruhan 28,346 kes.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, sebanyak 44 kes disahkan di hospital manakala 17 dikesan dalam masyarakat.

Bangkok merekodkan 43 kes di mana 30 disahkan di hospital yang melibatkan 29 warga Thai, seorang Myanmar manakala 13 yang lain iaitu lapan warga Thai dan lima Myanmar dikesan melalui ujian di lapangan.

Samut Sakhon merekodkan sembilan kes, tiga kes di Pathum Thani, dua di Tak, satu masing-masing di Nonthaburi, Nakhon Pathom, Samut Prakan dan Nong Bua Lam Phu.

Lapan kes import pula adalah ketibaan dari Emiriyah Arab Bersatu (3), Brunei, Sweden, Bahrain, Japan dan Myanmar.

Daripada 28,346 kes, sebanyak 26,873 (94%) dilaporkan pulih termasuk 107 yang dilaporkan sembuh hari ini manakala 1,381 masih menerima rawatan di hospital.

Jumlah kematian kekal 92.

Related posts

Leave a Comment