6,666 kes baharu du Filipina

MANILA 24 Mac – Jabatan Kesihatan (DoH) Filipina hari ini merekodkan 6,666 kes baharu Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan 684,311 kes dengan kes aktif 91,754.

Setakat pukul 4 petang ini juga, sebanyak 47 pesakit dilaporkan meninggal dunia dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 13,039 kematian.

Kes sembuh pula menunjukkan peningkatan apabila jumlah keseluruhan kini 579,518 atau 84.7 peratus termasuk 1,072 kes pulih yang dilaporkan hari ini.

Related posts

Leave a Comment