919 kluster tamat, empat baharu

PUTRAJAYA 24 Mac – Empat kluster baharu direkodkan hari ini iaitu melibatkan dua kluster tempat kerja, dan masing-masing satu kluster komuniti dan kumpulan berisiko tinggi menjadikan jumlah kluster setakat ini 1,314.

Bagaimanapun 919 kluster telah tamat termasuk lapan hari ini iaitu Kluster Kubang Jambu, Kluster Jalan Geronggang, Kluster Bukit Tengah, Kluster Pangkal Changgong, Kluster Ladang Segama, Kluster Tapak Bina Jalan Abdul Aziz, Kluster Jalan Dato Yunus, dan Kluster Tapak Bina Jalan Emas.

Sebanyak 395 kluster aktif dan 56 merekodkan pertambahan kes baharu termasuk yang tertinggi iaitu Kluster Tapak Bina Persiaran Sunsuria (52 kes), Kluster Industri Permata Dua (51 kes), dan Kluster Teknologi Lot Enam (48 kes).

  • KLUSTER JALAN WAWASAN DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Batu Pahat di Johor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-332244) dilaporkan positif Covid-19 pada 21 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan pekerja-pekerja sebuah kilang yang terletak di Jalan Wawasan 2, Kawasan Perindustrian Sri Gading, Batu Pahat. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 56 individu disaring, di mana 24 kes dikesan positif.

  • KLUSTER INDUSTRI PERMATA DUA

Kluster tempat kerja ini melibatkan daerah Seremban di Negeri Sembilan. Kes-kes dalam kluster ini dilaporkan positif Covid-19 pada 24 Mac 2021 hasil saringan bersasar pekerja-pekerja di tiga (3) buah kilang yang terletak di Jalan Permata 2, Arab Malaysian Industrial Estate, Nilai, Seremban. Sehingga 24 Mac 2021, sejumlah 334 individu telah disaring, di mana 51 kes dikesan positif.

  • KLUSTER JALAN ALAM

Kluster kumpulan berisiko tinggi ini melibatkan daerah Kuala Langat, Klang, dan Petaling di Selangor. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-322901) dilaporkan positif Covid-19 pada 14 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan sebuah pusat perubatan yang terletak di Jalan Sultan Alam Shah, Banting, Kuala Langat. Sehingga 24 Mac, sejumlah 97 individu disaring, di mana 16 kes dikesan positif.

  • KLUSTER CHUPAK

Kluster komuniti ini melibatkan daerah Serian dan Samarahan di Sarawak. Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-317619) dilaporkan positif Covid-19 pada 10 Mac 2021 hasil saringan individu bergejala. Kluster ini melibatkan komuniti di Kampung Chupak, Siburan, Serian. Sehingga 24 Mac, sejumlah 338 individu disaring, di mana 57 kes dikesan positif.

Related posts

Leave a Comment