SINGAPURA 19 Mac – Singapura sekali lagi menarik balik telur keluaran Malaysia selepas mengesan Salmonella Enteritidis (SE) dalam produk tersebut. Ini kali kedua dalam tempoh seminggu, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan arahan itu disebabkan faktor yang sama. Kali ini melibatkan telur keluaran Linggi Agriculture dari Malaysia sementara kali pertama pada 12 Mac, melibatkan telur dari Lay Hong Berhad Layer Farm Jeram. Dalam satu kenyataan media lewat petang ini SFA menyatakan ladang Linggi Agriculture digantung operasi dan penggantungan tersebut akan ditarik balik hanya apabila ladang itu memperbaiki masalah pencemaran Salmonella Enteritidis. Telur…
Read MoreDay: March 19, 2021
Indonesia tambah 6,279 kes baharu
JAKARTA 19 Mac – Kes jangkitan Covid-19 di Indonesia terus meningkat dengan pertambahan 6,279 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif 1,450,132 dengan kes aktif sebanyak 131,828. Jumlah kes sembuh pula meningkat kepada 1.278.965 dengan penambahan 6,007 kes baharu pesakit yang pulih. Kematian turut meningkat apabila 167 lagi pesakit dilaporkan meninggal dunia yang menjadikan jumlah korban Covid-19 setakat ini sebanyak 39,339 orang atau 2.7 peratus dari jumlah keseluruhan kes. Bagi kes positif, Jakarta menambah 1,588 kes dengan kumulatifnya 367,007 diikuti Jawa Barat 1,361 (238.612 kes), Jawa Tengah 611 (164.071), Banten 324 (34.156)…
Read MoreVaksinasi tidak batal puasa
KUALA LUMPUR 19 Mac – Masyarakat Islam di Malaysia, Singapura dan Indonesia tidak perlu bimbang jika terpaksa menerima suntikan vaksin Covid-19 sepanjang bulan Ramadan ini kerana vaksinasi tidak membatalkan puasa. Penjelasan itu dibuat oleh Mufti Kelantan, Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) dan Majlis Ulama Indonesia (MUI) bagi menjawab persoalan dan kemusykilan orang ramai berhubung vaksinasi pada bulan Ramadan akan datang. Mufti Kelantan, Mohamad Shukri Mohamad, berkata mana-mana suntikan tidak membatalkan puasa kerana bukan membabitkan rongga terbuka. Malah, katanya, ujian calitan dalam hidung atau mulut juga tidak membatalkan puasa seseorang. “Mungkin ada…
Read MoreTambahan kes baharu di Saudi
RIYADH 19 Mac – Ada tambahan 10 kes baharu Covid-19 di Arab Saudi hari ini apabila rekod Kementerian Kesihatan menunjukkan kes jangkitan sebanyak 391 berbanding 381 yang direkodkan semalam. Menurut Kementerian Kesihatan (MoH) dalam tempoh 24 jam yang lepas, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 adalah 384,271 dengan kes aktif 3,811 di mana 574 dalam keadaan kritikal. Bagi tempoh yang sama, sebanyak lima lagi pesakit Covid-19 disahkan meninggal dunia berbanding enam semalam menjadikan jumlah kumulatif 6,596 kematian. MoH juga merekodkan 263 kes sembuh, sedikit tambahan berbanding 240 semalam dan ini membawa…
Read MoreMalaysia akur keputusan Pyongyang
PUTRAJAYA 19 Mac – Malaysia menyatakan rasa amat kesal tetapi terpaksa akur dengan keputusan Korea Utara untuk memutuskan hubungan diplomatik, kata Kementerian Luar (Wisma Putra) hari ini. “Malaysia mengecam keputusan itu yang disifatkan tidak wajar, tidak membina dan tidak menghormati hubungan baik sesama masyarakat antarabangsa,” kata kementerian dalam satu kenyataan hari ini. Wisma Putra berkata kerajaan akan mengeluarkan arahan supaya semua kakitangan diplomatik dan tanggungan mereka di Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur meninggalkan Malaysia dalam masa 48 jam mulai hari ini. Pyongyang pada Jumaat mengumumkan akan memutuskan hubungan diplomatik dengan…
Read More100 kes baharu di Thailand
BANGKOK 19 Mac – Thailand merekodkan 100 kes baharu Covid-19 hari ini berbanding 92 yang dilaporkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan 27,594 kes. Menurut Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19, satu kematian juga dilaporkan dan ini membawa kepada jumlah kumulatif 90 kematian. Kes kematian hari ini melibatkan seorang wanita warganegara Thai berusia 53 tahun yang tinggal dan bekerja di Samut Sakhon. Wanita itu juga menghidap penyakit kronik termasuk kencing manis, jantung dan paru-paru. Dia dimasukkan ke hospital pada 3 Februari di Samut Sakhon dan didapati positif Covid-19. Pada hari berikutnya dipindahkan ke hospital…
Read MoreFilipina catat 7,103 kes baharu
MANILA 19 Mac – Jumlah kes jangkitan positif Covid-19 di Filipina meningkat kepada 648,066 orang selepas 7,103 lagi kes baharu direkodkan dengan kes aktif sebanyak 73,264 orang. Setakat pukul 4 petang ini juga, Jabatan Kesihatan (DoH) melaporkan 390 orang sembuh yang menjadikan jumlah keseluruhan pesakit pulih 561,902 atau 86.7 peratus daripada keseluruhan kes. Pada masa yang sama seramai 13 orang lagi pesakit meninggal dunia yang membawa kepada jumlah keseluruhan 12,900 kematian.
Read More52 langgar SOP PKP ditahan
KUALA LUMPUR 19 Mac – Semalam, Khamis hanya 52 individu ditahan di seluruh negara atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kanan Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, 36 individu dikompaun, manakala 16 lagi dikenakan tahanan reman. Antara kesalahan yang direkodkan ialah rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (12); tiada penjarakan fizikal (12); tiada pelitup muka (11); dan premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (11). Selain itu, tiga kes berkaitan gagal menyediakan peralatan / merekod diri /…
Read More12 kluster baharu, 427 aktif
PUTRAJAYA 19 Mac – Dua belas kluster baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan 1,288 kluster di mana daripada jumlah itu, 861 kluster tamat termasuk 13 hari ini manakala 427 kluster masih aktif. Kluster yang tamat hari ini adalah Kluster Jalan Indah Utama, Kluster Perindustrian Fasa Dua, Kluster Kampung Teluk, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Subang Delima, Kluster Batu 20, Kluster Santong Paka, Kluster Batu Tiga Setengah, Kluster Industri Puchong, Kluster Jalan Galah, Kluster Tapak Bina Lebuh, Kluster Jalan Kota Murni, dan Kluster Tapak Bina Jalan Tandok. Sebanyak 64 kluster menambah kes…
Read MoreSarawak mendahului Selangor
PUTRAJAYA 19 Mac – Sarawak mendahului kes jangkitan harian Covid-19 hari ini ini dengan merekodkan 407 kes, satu peningkatan berbanding 303 semalam. Daripada jumlah ini, sebanyak 382 kes adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat Covid-19 yang aktif dijalankan di lapangan. Selangor pula berada di kedudukan kedua dengan 348 kes, berbanding 353 semalam manakala Pulau Pinang merekodkan 182 kes. Sarawak: 407 kes 221 kes daripada kluster-kluster sedia ada; 161 kes daripada saringan kontak rapat kes positif COVID-19; dan 25 kes daripada lain-lain saringan Covid-19. Selangor: 348 kes 88 kes daripada kluster-kluster,…
Read More