Kerjasama berakhir selepas Parlimen bubar

KUALA LUMPUR 27 Sept. – Sebaik saja Parlimen ke-15 dibubarkan, kerjasama Barisan Nasional (BN) dengan Kerajaan Perpaduan akan berakhir, kata Pengerusinya, Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ia selaras titah Yang di-Pertuan Agong yang mana tempoh parti itu bersama dengan Kerajaan Perpaduan termasuk Pakatan Harapan (PH) akan berakhir apabila Parlimen ke-15 dibubarkan.

“The moment (Di saat) Parlimen dibubarkan, kita tidak lagi bersama dengan mereka (Kerajaan Perpaduan),” katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL), hari ini.

Ahmad Zahid berkata, BN membuat keputusan untuk bersama Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Dalam keadaan kompleks, kita mahu satu kompas tetap. BN buat keputusan bersama kerajaan selepas PRU15, komitmen kita tetap berada di dalam kerajaan sehingga tamat penggal. Ini janji kita,” katanya.

Ahmad Zahid turut menegaskan kerjasama dalam kerajaan tidak bermakna BN menyerahkan identitinya atau berhenti mempunyai pendirian sendiri.

Terdahulu, Presiden Parti Makkal Sakti, R S Thanenthiran, dalam ucapannya turut mencadangkan BN keluar daripada Kerajaan Madani secepat mungkin.

Nnnn

Related posts

Leave a Comment